"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis kahwin anak pemimpin Pas tidak patuh syariah? (Gambar)

Majlis kahwin anak pemimpin Pas tidak patuh syariah?
ARIF ATAN
Beberapa gambar majlis perkahwinan yang dilihat sebagai tidak patuh syariah melibatkan ‘orang Pas’ di Kelantan tular di media sosial hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Tumpat yang dikatakan ayah kepada pengantin perempuan tidak bertudung dan mengenakan sari itu ketara mengenakan kain samping berlogokan Pas.
Anak AJK Pas Tumpat ini tidak bertudung dalam majlis kahwinnya.

Beliau bersama pasangannya yang berpakaian serba hijau yang dikenali sebagai ‘Aziz Amerika’ itu turut didakwa sebagai ‘orang kuat’ kepada salah seorang Exco kerajaan negeri Kelantan.

Difahamkan pengantin perempuan yang turut memakai tanda di dahi dipanggil ‘bindi’ berkenaan menuntut di Amerika Syarikat (AS) dan berkahwin dengan lelaki berasal dari Chennai, India.

Pengantin lelaki itu bagaimanapun dikatakan sudah memeluk agama Islam. Setakat ini, tiada penjelasan mana-mana pihak berhubung penyebaran sejumlah gambar terbabit.

Namun, rata-rata penyokong tegar Pas menganggap gambar-gambar itu telah diedit bagi tujuan fitnah manakala sebahagian lagi menyifatkannya sebagai hasil “kerja syaitan”.

Tiada ulasan: