"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahu tiduri wanita Malaysia, 2 lelaki China ditahan

N Faizal Ghazali

Seorang peguam wanita mendakwa dirinya berdepan gangguan seksual daripada dua lelaki warga China ketika dalam perjalanan pulang dari Cambodia ke Malaysia, semalam.

Mangsa, Samantha Chong, 33, mendakwa berdepan gangguan itu ketika sedang beratur di kaunter pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh apabila dua lelaki China berada di belakang dan bertindak menyentuhnya.

"Mereka mendekati dan tersentuh saya. Saya terpaksa berpaling dan memberitahu supaya mereka menjauhi saya.

"Selepas itu mereka berbual dalam bahasa Cina bahawa mereka ingin ke Malaysia untuk 'main' dengan perempuan Malaysia kerana belum pernah cuba.

"Mereka juga menyentuh rambut dan bahagian belakang saya. Saya juga beritahu yang saya faham bahasa Cina dan minta mereka jangan mengganggu. Tetapi mereka hanya ketawa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Samantha berkata, dalam kejadian antara jam 3.20 petang (waktu Cambodia) hingga jam 7.50 malam (waktu Malaysia) itu.

Menurutnya selepas tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dia diekori kedua-dua suspek.

"Saya singgah di sebuah restoran, mereka datang dan duduk di belakang saya. Selepas itu kami terserempak pula selepas saya keluar tandas.

"Apabila nampak saya, mereka mengatakan mahu cari pelacur kerana tak pernah 'main' dengan wanita Malaysia.

"Saya rasa sangat takut dan melaporkan kejadian kepada pegawai Imigresen yang bertugas dan pegawai tersebut menasihati supaya membuat laporan polis.

"Selepas itu mereka menjerit kepada saya dalam bahasa Cina dengan mengatakan saya pelacur berbaur busuk," jelasnya yang juga bekas timbalan pendakwa raya.

Tambah Samantha, dia ingin memberi mesej kepada kaum wanita di negara ini supaya berani bertindak sekiranya diancam dengan ganggual seksual.

Malaysiakini difahamkan pihak polis telah menahan kedua-dua suspek sejurus laporan diterima, malam tadi.

"Mereka ditahan di KLIA 2 dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut," kata sumber.

Sementara itu, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan pengesahan berhubung kejadian itu daripada pihak polis belum berhasil.

Tiada ulasan: