Seorang bekas wakil rakyat DAP di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan dijangka didakwa di mahkamah esok.
Menurut sumber bekas wakil rakyat itu ditahan berhubung dua kes tuntutan palsu melibatkan nilai kira-kira RM30,000.
Katanya terdahulu suspek yang berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam sebelum ditahan kira-kira jam 3 petang tadi.
"Kemungkinan dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok," katanya.
Difahamkan, bekas Adun terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana dipercayai membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015.
Program tersebut dikatakan tidak pernah dilaksanakan.
Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan