"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan dah tak banyak wang, kata PM

Kow Gah Chie

Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

"Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

"Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that's big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar)," katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya hari ini.

"What i am trying to say here, we don't have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal)," katanya.

Tiada ulasan: