"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PN gagal penuhi agenda anak muda, hanya fikir survival politik

ARIF ATAN

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya memikirkan soal kelangsungan politik mereka sehingga gagal memenuhi keperluan golongan muda.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pelbagai inisiatif dan bantuan dijanjikan kepada rakyat termasuk anak muda tetapi hanya tinggal janji.

“Walaupun Wan Ahmad Fayhsal itu rakan saya tetapi maaf cakap, kerajaan PN gagal untuk memenuhi agenda anak muda.

“Apabila rakyat sedang susah, kerajaan tidak boleh berjanji perkara yang menjadi harapan semua orang.

“Contohnya, janji untuk beri 150,000 komputer riba bagi memastikan anak-anak dari keluarga B40 dapat meneruskan pelajaran secara dalam talian dari rumah.

“Dua kali Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) berjanji akan beri laptop kepada B40 tapi akhirnya laptop yang dijanjikan tidak muncul,” tegasnya ketika ditemubual Malaysia Dateline.

Tiada ulasan: