BORHAN AHMAD
Walaupun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menunjukkan beliau bersyukur kerana hujan turun ketika beliau berada di Tanah Suci Mekah semalam, netizen tidak pernah memberi peluang kepada beliau.
Mereka menyerang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kaw-kaw ketika membalas kicauan Azmin di Twitter malam tadi yang memaklumkan hujan turan di Mekah selepas sekian lama panas.x
“Jadi nak cakap kau membawa rakmat ke tu? Ahahha,” tulis pengguna Twitter yang menggunakan nama Mujakosuki ketika membalas kicauan Azmin.
Azmin malam tadi berkicau di Twitter dengan menulis, “Allahuakbar hujan turun membasahi bumi Mekah. Sudah lama difahamkan tidak hujan di sini. Syukur dengan nikmat Allah SWT.”
“Sebenarnya sana aman dan damai. Nampak je Azmin, Tuhan pun menangis… Dapat merasakan derita rakyat Malaysia,” balas KB @ Kenabcdefgh melalui Twitter beliau bagi menjawab kicauan Azmin itu.
Tindakan Azmin yang menunjukkan gambar beliau membersihkan lantai Masjidil Haram yang terkena hujan juga dikecam oleh netizen.
Pengguna Twitter yang menggunakan nama So’od menulis, “Apa tujuan tunjuk2 tu.”
Hampir kesemua netizen yang membalas balik kicauan Azmin itu menyerang bekas timbalan presiden PKR yang belot dan bersama-sama menubuhkan kerana Perikatan Nasional melalui Langkah Sheraton yang dinamakan Langkah Syaiton oleh Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu itu.
Azmin telah ke Mekah untuk menunaikan umrah dalam misinya untuk menarik pelaburan dari negara-negara Arab itu.
Ekoran itu, netizen yang menggunakan nama My Birthplace berkata, “Kalian je boleh umrah dengan duit rakyat atas nama lawatan sambil bekerja. Rakyat nak rentas daerah dan negeri nak cari makan pun tak (boleh).”
Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan Azmin dengan tragedi merebaknya Covid-19 lepas pilihan raya negeri Sabah dan kes tersilap waktu azan Maghrib di sebuah masjid di Gombak.
“Dulu aman je Sabahan. Korang gi sana, terus Covid spike (meningkat).
“Then (lepas itu) Gombak, dalam keluar SOP tak dibenarkan berbuka puasa (di masjid) korang langgar gak.
“Sampaikan bilal terkejut gi Azan awal. Habis satu kampung batal puasa,” tulis IwanXtreme melalui twitternya yang turut menjawab kicauan Azmin itu.
Ia dipercayai merujuk kepada tindakan Azmin membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kawasan pilihan raya beliau dan solat di Masjid Al Amaniah, Gombak baru-baru ini.
Sebuah gambar yang disiarkan ekoran kunjungan Muhyiddin ke Masjid Al-Amaniah, Gombak baru-baru ini. Ia dipercayai majlis moreh selepas solat Terawih yang sebenarnya melanggar SOP Masjid di Selangor.
Dalam kunjungan itu, moreh (makan selepas solat Terawih) bersama perdana menteri diadakan di masjid itu ketika semua masjid di Selangor dilarang dari mengadakan moreh untuk mengelak jangkitan Covid-19.
Ekoran itu, Muhyiddin dan Azmin didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.
Sebuah masjid di Gombak juga tersalah mengumandangkan Azan Maghrib lebih awal sehingga menyebabkan ramai yang terbatal puasa mereka kerana berbuka lebih awal dari waktunya.
Kebencian kepada Azmin sangat ketara terutama di kalangan pengguna Twitter sehingga #KerajaanGagal menjadi paling rending selama lima hari berturut-turut baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan