"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketika sibuk susun calon PKR, merpati dari Kajang bertenggek di pejabat Rafizi

BORHAN AHMAD

Ketika Rafizi Ramli dan pasukannya sibuk mempersiapkan strategi dan calon-calon dari PKR untuk Pakatan Harapan, seekor merpati sentiasa sahaja berada di bumbung dan kadang-kadang tingkap pejabat beliau.

Rafizi tidak menghiraukan merpati itu namun pelbagai nasihat yang disampaikan kepada beliau termasuk itu mungkin sihir dan mungkin juga merpati dari Kajang.

“Sejak minggu lalu, pejabat saya ada seekor burung merpati yang sesat dan sudah jadi penghuni di rooftop kami.

“Ada yang datang ceramah bisik kepada saya: hati-hati, itu mungkin sihir 🤣

“Ada yang lagi nakal: hati-hati, itu mungkin merpati dari Kajang 🤣,” tulis Timbalan Presiden PKR itu menerusi facebook beliau.

Jolokan nama merpati digunakan oleh seorang penulis ketika menceritakan tentang Datuk Seri Najib Razak yang kini menjadi penghuni di penjara Kajang.

Sehinggakan nama ‘merpati’ menjadi jenaka dan sebutan para Ahli Parlimen ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

Ada juga Ahli Parlimen yang kesal dengan layanan istimewa yang diterima Najib atau merpati itu ketika menjadi penghuni di sana.

Antaranya bilik khas sedang diubahsuai untuk beliau di samping pelbagai kemudahan diberikan termasuk boleh menulis pelbagai ulasan di facebook beliau sehingga sekarang.

Rafizi menjadi pihak yang paling berkuasa di dalam PKR bagi menentukan calon-calon parti itu dalam pilihan raya umum kali kini.

Ia diakui oleh Rafizi sendiri menerusi facebook beliau.

“Saya tumpukan 80% masa dan tenaga saya menyiapkan perancangan masuk pilihanraya termasuk keputusan-keputusan penting:

1) proses saringan calon dan penentuan calon

2) penjenamaan dan bahan kempen

3) menyusun jadual penuh kempen di seluruh negara

“Alhamdulillah semuanya berjalan baik,” kata Rafizi.

Seorang bekas ahli Parlimen PKR yang bercita-cita mahu bertanding semula dalam PRU-15 ini mengaku beliau tidak yakin dapat menjadi calon PKR dalam PRU kali ini kerana beliau bukan termasuk dalam pasukan Rafizi.

Namun, beliau dipujuk oleh rakannya, adalah lebih baik beliau tidak tersenarai sebagai calon sekarang kerana dia tahu Rafizi yang menentukan beliau boleh bertanding atau tidak.

“Baik begitu. Bayangkan betapa kecewanya awak jika tidak terpilih ketika Anwar yang menentukan calon,” kata rakannya yang tahu beliau sangat rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun dalam tulisannya hari ini Rafizi memberikan jaminan pilihan calon PKR kali ini akan dibuat melalui proses yang melibatkan semua pihak bukan beliau seorang.

“Buat pertama kali, tapisan calon berlaku melalui proses yang melibatkan semua Naib-Naib Presiden, Ketua AMK dan Ketua Wanita.

“Saya berharap ini menjadi titik mula memastikan semua individu ada hak untuk mencalonkan diri mereka tanpa perlu bimbang kena baik dengan pimpinan tertentu.

“Proses berjalan baik dan Insya Allah KEADILAN akan mengumumkan semua calon dalam satu ceramah besar beberapa hari selepas SPR bermesyuarat pada 20 Oktober ini,” kata beliau.

Tiada ulasan: