KOSMO!
PETALING JAYA – “Memang halal, tak payah runsing dan was-was. Tambah lagi kawasan Selatan Thailand ni mereka asingkan dapur antara orang Islam dan bukan Islam.”
Itu respons seorang lelaki, apabila menerima soalan daripada orang ramai yang ingin tahu tentang ‘status’ makanan untuk para banduan di penjara Thailand.
Jelasnya yang mendakwa mendapat maklumat berkenaan menerusi kenalannya yang bekerja sebagai tentera dan polis, zon bagi kedua-dua kategori ini adalah berbeza namun tidak sesedap makanan yang terdapat di luar penjara.
“Bukan setakat penjara, Thailand ni kalau awak masuk askar atau polis sekalipun, ketika dalam latihan mereka asingkan juga dapur dan tukang masak.
“Pasal makanan tak perlu risau, cuma nak sedap macam duduk kat luar tu, nama pun dalam penjara jadi faham-faham sendiri lah,” katanya menerusi TikTok yang menggunakan nama Wan Yoshiki.
Ada dalam kalangan orang ramai di ruangan komen mengesahkan kenyataan lelaki berkenaan, malah ada juga yang memaklumkan tahanan di Penjara Narathiwat boleh menikmati makanan sedap dari luar.
“Ya, betul bang. Saya orang Thailand Narathiwat,” komen @Peemobile.
“Nak makanan sedap kena ada duit. Kalau bulan puasa nak makan sedap, keluarga tahanan boleh beli makanan luar bagi bawa masuk Penjara Narathiwat. Seminggu sekali boleh melawat,” jelas seorang pengguna.
“Tuan, betul ke penjara sana nak makan sedap waris kena tangung. Kalau waris susah, mereka dapat makan sekali sehari sahaja,” soal @auliatasrik2022. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan