"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita kencing atas teksi motosikal Oleh KOSMO 13 November 2024, 7:00 pm Share on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegram Share on linkedin Tangkap layar menunjukkan wanita yang berbaju putih itu dimarahi selepas kencing di atas motosikal. - Facebook BANGKOK – Perbuatan seorang wanita di Thailand yang selamba membuang air kecil di atas motosikal ketika menggunakan perkhidmatan teksi motosikal mengundang kecaman orang ramai, lapor laman berita Thaiger. Kejadian berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di kawasan kejiranan di Taling Chan, Bangkok. Rakaman yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan tempat duduk yang dicemari dengan air kencing. Penunggang teksi motosikal yang dikenali sebagai Korn mengadu bahawa seluarnya basah akibat terkena air kencing wanita tersebut. “Penumpang itu selamba membuang air kecil di atas motosikal kira-kira 2 kilometer sebelum sampai ke destinasi. “Selain menuntut bayaran tambang sebanyak 87 baht (RM11), saya memintanya untuk membersihkan tempat duduk,” kata Korn. “Dia tidak mengendahkan permintaan dan enggan membuat pembayaran, sebaliknya menghubungi bapanya untuk mencari ‘rider’ lain,” tambahnya. Ujar Korn, dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut tetapi menggesa penumpang lain untuk memaklumkan kepada penunggang sekiranya mereka perlu menggunakan tandas. “Kejadian seperti ini membuang masa penunggang dan menyebabkan mereka kehilangan pendapatan,” tambahnya. – AGENSI

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan wanita yang berbaju putih itu dimarahi selepas kencing di atas motosikal. - Facebook
BANGKOK – Perbuatan seorang wanita di Thailand yang selamba membuang air kecil di atas motosikal ketika menggunakan perkhidmatan teksi motosikal mengundang kecaman orang ramai, lapor laman berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di kawasan kejiranan di Taling Chan, Bangkok. 

Rakaman yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan tempat duduk yang dicemari dengan air kencing. 

Penunggang teksi motosikal yang dikenali sebagai Korn mengadu bahawa seluarnya basah akibat terkena air kencing wanita tersebut.

“Penumpang itu selamba membuang air kecil di atas motosikal kira-kira 2 kilometer sebelum sampai ke destinasi. 

“Selain menuntut bayaran tambang sebanyak 87 baht (RM11), saya memintanya untuk membersihkan tempat duduk,” kata Korn. 

“Dia tidak mengendahkan permintaan dan enggan membuat pembayaran, sebaliknya menghubungi bapanya untuk mencari ‘rider’ lain,” tambahnya. 

Ujar Korn, dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut tetapi menggesa penumpang lain untuk memaklumkan kepada penunggang sekiranya mereka perlu menggunakan tandas.

“Kejadian seperti ini membuang masa penunggang dan menyebabkan mereka kehilangan pendapatan,” tambahnya. – AGENSI

Tiada ulasan: