Zuhainy Zulkiffli

Irdina Syifa Mohd Khairi, 22, yang dilapor hilang sejak 12 April lalu. - Foto PDRM
GEORGETOWN: Polis sedang mengesan wanita berusia 22 tahun yang dilapor hilang sejak 12 April lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata wanita berkenaan, Irdina Syifa Mohd Khairi mempunyai ketinggian 160cm.
"Kali terakhir wanita berkenaan dilihat keluar dari rumah pada 12 April lalu.
"Polis memohon kerjasama orang awam yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan supaya hubungi talian 019-9337026 atau Balai Polis Sungai Nibong (04-6430222)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan