"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'SPRM ada senarai individu terbabit kes ceroboh tanah di Raub, termasuk pegawai pencen' - Azam Baki

Latifah Arifin

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan pihaknya mempunyai senarai individu dikenal pasti terbabit dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Katanya, setakat ini tangkapan belum dibuat dan pegawai penyiasat SPRM sedang giat mengesan individu terbabit, termasuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pejabat daerah.

"Kita ada dalam senarai (individu dikenal pasti terbabit). Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya.

"Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat 'tracing' dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu, akan ambil masa sedikit terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Sebelum ini, Azam memaklumkan mengarahkan SPRM Pahang meneruskan siasatan berhubung kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain memberi tumpuan kepada isu tatakelola, SPRM turut meneliti bagaimana individu yang menceroboh tanah di Raub 'boleh lolos' begitu saja.

"Kita siasat kes berkenaan dengan teliti, bukan saja isu tatakelola tetapi turut melihat bagaimana selama ini kes terbabit boleh terlepas.

"Kita perlu ingat 2021 lagi kita sudah siasat dan ia hampir selesai. Mungkin sudah selesai di pihak pejabat tanah tetapi bagi kes yang baru ini, kita lihat bagaimana dengan penerokaan yang baharu.

"Ada pokok yang berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun, ini (boleh jadi) penerokaan yang lain," katanya.

Susulan itu, Azam berkata, perkara terbabit akan turut diambil kira oleh kerajaan negeri dan SPRM akan mempertimbangkan untuk memanggil pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan siasatan.

Terdahulu, media melaporkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pencerobohan tanah menjadi musuh utama di negeri itu dan bukan hanya dadah dan penjenayah.

Titah baginda, sebanyak 14,494.908 hektar tanah kerajaan diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi.

Tiada ulasan: