"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi: Maklumat dah cukup untuk SPRM siasat Farhash

Malaysiakini 

Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berpendapat bahawa SPRM sudah mempunyai maklumat yang cukup untuk membuka kertas siasatan ke atas bekas pembantu perdana menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Ini berdasarkan pendedahan di media sosial berhubung dakwaan skandal arang batu di Sabah.

"Maklumat-maklumat yang didedahkan setakat ini sudah cukup untuk membolehkan SPRM membuka kertas siasatan terhadap Farhash, seperti mana kertas siasatan dibuka terhadap tokoh-tokoh lain yang dituduh menjadi kaya secara tiba-tiba.

"Jika tidak, bukan sahaja usaha-usaha untuk mencegah rasuah tidak membuahkan hasil yang dikehendaki dan diterjemahkan kepada kedudukan CPI (Indeks Persepsi Rasuah) negara yang lebih baik.

"Saya khuatir beban Farhash ini akan mengheret PKR dan PH dalam pilihanraya yang akan datang," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.L

Ahli parlimen Pandan turut menyuarakan bahawa lebih ramai rakyat yang lebih yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah sekiranya kerajaan mempunyai konsistensi dalam usaha membanteras rasuah.

Tiada ulasan: