"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita ditemukan maut di rumah disyaki dibunuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat kes seorang wanita berusia 20an ditemukan maut di rumahnya di Subang Jaya pada Khamis, disyaki dibunuh.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, bapa mangsa menemukan wanita itu di tingkat dua rumahnya di USJ, sebelum dia disahkan sudah meninggal dunia oleh pembantu perubatan.

Beliau berkata, menurut hasil bedah siasat, punca kematian mangsa ialah pendarahan di sekeliling tulang leher akibat dicekik.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan motif kejadian,” katanya menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan membunuh.

Dalam pada itu, Wan Azlan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi di media sosial berhubung kejadian, sebaliknya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan jika mempunyai maklumat.

Tiada ulasan: