"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya kerana lambat buka pintu bilik, isteri ditumbuk suami

Buletin TV3 
Suspek (tengah) ketika ditahan polis semalam. -FOTO Ihsan PDRM
TAWAU: Seorang lelaki tergamak menumbuk isterinya hanya kerana wanita itu lambat membuka pintu bilik sewa di Jalan Dunlop, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu, warga asing berusia 30-an itu menumbuk lengan kiri isterinya yang berusia lingkungan 50-an, menyebabkan mangsa kesakitan selain lebam sebelum membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sepasukan pegawai dan anggota kemudian menahan suspek kira-kira jam 1.50 petang keesokan harinya di tepi jalan sekitar pusat bandar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tiada ulasan: