"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Geng Ventri tumpas, tiga beradik antara empat ditahan

Zuliaty Zulkiffli

SUNGAI PETANI: Geng Ventri yang aktif mencuri motosikal di kawasan parkir luar stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini akhirnya ditumpaskan polis, Selasa lalu.

Tiga daripada empat remaja itu adalah adik beradik berusia 14, 15 dan 16 tahun yang masih bersekolah manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun tidak bersekolah dipercayai dalang geng terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata susulan tangkapan, pihaknya turut merampas tiga motosikal curi yang digunakan semua suspek.

“Geng ini mensasarkan motosikal di luar kawasan parkir yang tidak dikunci dengan baik dan menolak motosikal curi seolah-olah ia rosak dan bawa pulang ke rumah.

“Ketiga-tiga motosikal itu tidak ditukar nombor pendaftaran dan digunakan sendiri oleh suspek selain dileraikan untuk dijadikan alat ganti, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.

Hanyan berkata, hasil semakan mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala tiga beradik itu masih bersekolah iaitu masing-masing di Tingkatan Dua dan Empat.

“Semua suspek direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut akan diteruskan, ” katanya.

Hanyan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk sesuaikan keadaan di kawasan parkir KTMB ini kerana kebanyakannya melimpah ke luar kawasan parkir yang memudahkan kumpulan penjenayah untuk curi motosikal.

Katanya, sejak Januari sehingga semalam, direkodkan sebanyak 20 kes motosikal dilaporkan di kawasan itu dicuri dan peningkatan ini berlaku pada April, Mei dan Jun.

Tiada ulasan: