"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

200 warga Afrika merusuh di Kajang


SEBAHAGIAN daripada warga Nigeria berkumpul di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Kajang semalam.
KAJANG: Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.

Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.

Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.

Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Bagi puak BN, tinggalkan isteri, seks luar nikah dan korupsi tidak apa!

J. D. Lovrenciear
Bagi puak BN, tinggalkan isteri, seks luar nikah dan korupsi tidak apa!Korupsi dan mencuri dari rakyat bukanlah isu. Apa yang menjadi perhatian dalam dunia politik di Malaysia hari ini adalah mereka yang mendakwa diri suci dari segi moral (maksum) adalah seksualiti yang dianggap berdosa. Dan memberi hukuman sedemikian adalah mereka yang mempunyai kuasa terhadap media.

Menyeleweng wang rakyat bukanlah satu dosa. Laporan Ketua Audit bukan suatu yang penting untuk dikaji, meluluskan akta baru untuk menggantikan akta lama yang menindas dan lapuk bukanlah keutamaan.

Tetapi menuduh siapa yang biseksual dan melakukan dosa seks merupakan strategi berkesan bagi ahli politik melalui agen mereka dan mereka yang maksum.

Teka siapa mereka berdua ini
Setakat ini, ada dua- seorang lelaki dan perempuan telah diberi ruang yang luas di forum awam melalui media propaganda untuk menuduh Anwar Ibrahim sebagai lelaki yang mempunyai nafsu seks yang jelik.

Jenaka? Bodoh? Pelik? Atau adakah mereka sudah gila? Bayangkan, dua daripada 27 juta manusia memberitahu dan mendesak mereka tidak patut memilih DSAI sebagai perdana menteri kerana mereka tahu bahawa dia adalah seorang biseksual.

Adakah dua orang yang mendakwa diri penjaga moral bangsa ini tidak tahu bahawa persepsi awam akan dipengaruhi oleh 3 parti pembangkang yang mempunyai ramai penyokong yang terdiri daripada mereka yang terkenal, ahli veteran yang kuat semangat berserta jutaan lagi ahli ketiga-tiga parti politik ini,

Tambahan pula, ingatkah pada peristiwa mengusung tilam keluar masuk mahkamah pada suatu masa dulu? Tidakkah mereka yang maksum ini tahu bahawa drama dalam mahkamah yang baru ini hanya menjadikan penyokong puak Pakatan semakin meningkat.

Malah, episod rakaman video Datuk T telah banyak membantu pihak pembangkang.
Ia hanya boleh disimpulkan bahawa puak yang maksum ini hanya menjadikan pembangkang ruang menjadi lebih popular sebelum PRU ke-13. Terima kasih sajalah walaupun parti pembangkang boleh sahaja Berjaya tanpa publisiti yang diberi dan nasihat daripada puak maksum kebangsaan kita ini.

Pertolongan yang besar
Sekarang berbalik kepada BN, kenapa pemimpin mereka tidak belajar dengan cepat dan menjadi lebih bijak. Tidakkah mereka nampak episod liwat satu persatu hanya memburukkan reputasi BN? Jadi kenapa memberi ruang yang banyak kepada puak maksum ini untuk bersuara di media kerajaan?

Adakah pemimpin BN sudah pekak? Mungkin tidak kerana rakyat sudah matang dan pendapat mereka pada ketika ini antaranya:
Siapa peduli tentang nafsu seks, biseksual, heteroseksual atau tak ada nafsu seks langsung. Apa yang kami, rakyat mahu adalah untuk mendapat pemimpin yang tidak korupsi dalam pentadbiran untuk bangsa dan rakyat bagi progres, kemajuan dan harmoni- sesuatu yang seluruh rakyat Malaysia boleh nikmati tanpa diskriminasi ataupun sekatan.

Ramai yang membidas puak maksum ini dengan berkata:

Bagaimana pula bagi mereka yang mengadakan seks diluar nikah?

Bagaimana pula bagi mereka yang meninggalkan isteri mereka untuk perempuan lain? Atau bagaimana pula bagi mereka yang dirakam melakukan aksi seks di dalam video.

Ada pula yang berkata, lupakan tentang seks dan dosa. Bagaimana pula dengan dosa pada rakyat marhaen tanpa malu melalui korupsi, salah urus tadbir, penyalahgunaan dan banyak lagi.

Aiyoyoooh BN, kenapa begitu muflis dengan strategi politik?

Cakaplah sesuatu dan buat sesuatu kepada 27 juta orang rakyat supaya mereka boleh hormat dan menyokong anda!

Isu Lynas: Rupanya Si Tua Kutuk Ni Ada Makan Sher Dengan Anak Beranak

SiasahKini

PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?


Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia Stop Lynas’ (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.





“Kemudian beliau menyatakan bahawa beliau menentang pembinaan kilang kuasa nuklear kerana bahan sisa nuklear akan terus mengeluarkan radioaktif yang berbahaya untuk berjuta-juta tahun lamanya dan tidak ada kaedah yang betul-betul berkesan untuk menghapuskannya.

“Adakah beliau sedar bahawa arang batu dari Mt Weld mengandungi thorium dan uranium yang merupakan radioaktif? Lebih-lebih lagi thorium yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan untuk lebih 14 juta tahun, jauh lebih lama dari uranium.

Kata kenyataan itu, selain dari aspek radioaktif, jumlah lambakan bahan sisa pepejal Lynas sudah cukup untuk memenuhi 126 buah kolam renang bersaiz Olimpik setiap tahun. Ia mengandungi bahan tosik lain yang berbahaya seperti sulphur dioxide dan oxide dari nitrate dan bahan besi seperti lead,” tambah kenyataan itu.
SMSL dalam kenyataannya juga hairan dengan sikap Dr Mahathir yang memandang ringan tentang kilang Lynas meskipun kerajaan pimpinannya dahulu gagal menangani masalah nadir bumi di Bukit Merah, Perak.





“Sudah berapa banyak nyawa yang hilang dan berapa banyak tanah dan air yang tercemar sebelum kita sedar untuk menghalang projek yang memudaratkan kesihatan ini di mana Malaysia tidak mempunyai pengalaman untuk mengurusnya dengan selamat?


Dua anak Mahathir


SMSL menyoal, “adakah Dr Mahathir mengeluarkan pandangan berdasarkan pengetahuannya yang cetek tentang sains nuklear dan fizik atau beliau lebih selesa sebagai bapa kepada dua orang anak yang secara langsung dan tidak langsung mempunyai kepentingan dalam projek Lynas ini?”

Menurut NGO tersebut, semua orang tahu bahawa anak kedua Dr Mahathir, Datuk Mukhriz ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang meluluskan projek pembinaan kilang Lynas ini.

“Kedua, anak sulung Dr Mahathir, Mokhzani ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum yang mempunyai sahamnya dalam projek nadir bumi Lynas. Kencana Torsco Sdn Bhd ialah anak syarikat Kencana Petroleum.

“Syarikat itu memenangi kontrak yang lumayan dari Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk merekabentuk, fabrikasi, saliran, pembekalan, pemasangan dan membekal karbon dan tangki besi keluli bernilai RM9.1 juta,” kata kenyataan itu.