"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak perempuan ini mati selepas guru tadika membalut mulutnya dengan pita selofan kerana dituduh terlalu becok

Mati mulut kena gam
Beijing: Seorang budak perempuan berusia enam tahun maut selepas guru tadikanya membalut mulutnya dengan pita selofan kerana dituduh terlalu becok.

Provided by Media Prima GUO mati selepas guru tadika menghukumnya dengan membalut mulutnya dengan pita selofan. FOTO Daily Mail /Weibo
Ayah kanak-kanak itu membuat dakwaan berkenaan terhadap guru serta tadika terbabit di media sosial Weibo pada 12 Jun lalu.

Mangsa, Guo Jintong dilaporkan mati di tadikanya selepas sesi senaman pagi pada hari sama.

Menurut ayahnya guru Guo menuduh budak itu terlalu becok ketika sesi senaman pagi berkenaan.

Sebaik sesi senaman berakhir, guru berkenaan menutup mulut Guo dengan gam sebelum membalutnya dengan pita selofan.
-hmetro

Mati hidup semula selepas tergantung di pokok kelapa

NORJULIANA YAACOB

Che Siah Awang, 66 menunjukkakn kesan luka di leher Zulhisyam
PENDANG - Bagaikan mati hidup semula, itulah pengalaman yang dirasai oleh Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila berjaya diselamatkan ketika lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Zulhisyam berkata, ini adalah pengalaman yang sangat ngeri buat dirinya dan dia tidak akan pernah melupakan detik tersebut.

"Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang semalam.

Katanya, ketika hari kejadian pada Khamis lalu, dia keluar dari rumah pada jam 9 pagi dan diminta rakannya untuk mengambil buah kelapa untuk meniaga di bazar Ramadan.

"Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30," katanya.

Zulhisyam sememangnya sentiasa melakukan kerja kampung seperti memanjat pokok kelapa bagi menampung keperluan dirinya dan ibu memandangkan adik beradik lain bekerja luar.

"Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja," katanya.
Tandan kelapa yang terjatuh
Menceritakan detik cemas berkenaan, Zulhisyam berkata dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher.

"Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut," katanya dengan nada kesal.

Katanya, setiba di pucuk pokok kelapa, dia mengikat hujung tali pada tandan buah kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

"Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali di berkenaan terjerut leher saya.

"Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

"Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.

"Mujurlah ALLAH bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya," katanya.

Mengulas berkaitan videonya yang tular dan mengundang pelbagai persepsi sehingga ada yang mengatakan Zulhisyam berniat membunuh diri, dia berkata dia telah memaafkan mereka yang berkata demikian.

"Saya dah tengok video tu, tapi tu cuma rakaman pertengahan sahaja dan bukannya rakaman permulaan saya memanjat untuk mengambil buah nyoq tersebut.

"Saya maafkan depa, cumanya selepas ni kalau ada kejadian yang sama macam ni kalau boleh siasat lah dulu. Kesian dekat mangsa dan keluarga mangsa yang tidak bersalah," katanya.

Amah bunuh majikan guna bantal

Pihak polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia kerana disyaki membunuh majikannya dengan menekup bantal ke wajah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, polis pada awal bulan ini menerima maklumat tentang wanita berusia 65 tahun yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dengan sebuah bantal yang menutup wajahnya.

“Kita temui wanita itu dalam bilik utama dan jiran-jirannya mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi bising. Adik mangsa turut memaklumkan bahawa pintu rumah kakaknya dikunci dari dalam,” kata Othman.

Katanya, mangsa sudah bersara dan tinggal di rumah itu dengan seorang pembantu rumah yang berusia 25 tahun. Suami warga emas itu pula sudah meninggal dunia 15 tahun lalu.

“Pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan mangsa ada masalah jantung,” tambahnya.

Jelas Othman, suspek dipercayai telah melarikan diri sejurus kejadian terbabit.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan asphyxiation dan terdapat kesan gigitan pada puting payudara kanannya.

Susulan itu, pihak polis menahan suspek pada Khamis berhampiran Negeri Sembilan.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 29 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan jenayah itu.

Kedua-dua suspek akan direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. 
-mstar