"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir dah ada pengganti Najib?

WAN NORDIN WAN YAACOB 
KRISIS menggantikan Menteri Besar Selangor masuk kepada fasa akhir, sama ada ianya bakal berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor atau sebaliknya Istana menerima cadangan Pakatan Rakyat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Proses panjang yang berlarutan sejak pertengahan Ramadan, malahan sebelum ini bermula di Langkah Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nampak seakan sudah sampai ke hujungnya.

Biar apapun yang berlaku, Pakatan Rakyat kembali duduk dalam saf yang mulai stabil untuk berdepan Umno-BN yang sebelum ini cukup seronok meneropong sebarang percaturan di Selangor.

Harapan mereka adalah perlunya Pakatan Rakyat berpecah. Tidak sampai hajat itu, kini rumah tangga Umno pula berantakan. Tun Dr Mahathir Mohamed melayangkan semula serangan terhadap Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyifatkan pentadbiran Najib sebagai terlalu berlembut, kritikan Mahathir dengan pantas disahut pihak yang tidak sebulu dengan Najib.

Antaranya Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee mempertahan kenyataan Mahathir dan menyokong teguran ikhlas itu.

Lebih teruk daripada Abdullah

Mahathir dalam satu tulisan di blognya menyebut bahawa beliau menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan ?dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan? berbanding pendahulunya itu.

"Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13," katanya.

"Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib."

Justeru, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.

Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib 'melayan tuntutan musuh' dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.

Bekas perdana menteri juga mengkritik penggunaan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya, pengabaian industri tempatan, pertambahan cuti dan kenaikan gaji minimum.

Bagi Mahathir banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

Mahathir sendiri sanggup menerima kesan akibat menegur pemimpin nombor satu negara itu.

Melihat pekembangan ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berpendirian bahawa setelah Najib gagal pecahkan PAS daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan proksi-proksinya maka Najib terpaksa berdepan dengan percahan dalaman Umno.

Mahathir akan heret 'pertembungan' hingga berjaya

Dalam banyak pertembungan (dalaman Umno) yang membabitkan bekas Presiden Umno itu, secara umumnya Mahathir akan menang dan dalaman Umno berpecah.

Lihat sahaja semasa Mahathir menyerang Abdullah Ahmad Badawi berikutan kerajaan ketika itu terlalu dikuasai oleh pentadbiran 'tingkat 4', Mahathir menggunakan semua saluran pengaruhnya bagi memastikan Abdullah 'rebah'.

Satu persatu isu membabitkan pentadbiran lemah Abdullah didedah Mahathir dan hingga menyebut bahawa tiada Perdana Menteri selemah Abdullah.Kritikan menjurus kepada menantunya, Khairy Jamaluddin yang kini menerajui Menteri Belia dan Sukan.

Kini Mahathir membuka gelanggang baharu dengan menyifatkan pula Najib lebih lemah daripada Abdullah, maka bagi Suhaizan anak muda sendiri melihat bahawa masa depan Najib cukup suram.

Dalam keadaan ini pastinya Najib serba salah antara mengikut kata Mahathir atau melaksanakan dasar transformasinya yang mengundang kritikan bekas Perdana Menteri itu (Mahathir).

"Selepas ujian berat di negeri Selangor Pakatan Rakyat akan lebih kuat. Lebih kuat berbanding sebelum ini. Kekuatan pakatan ini bakal merempuh Najib," kata Suhaizan.

Dalam keadaan sekarang, Najib sebenarnya cukup tertekan. Jangka masa tiga tahun kehadapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 cukup singkat baginya.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah tidak menjadi umpan untuk rakyat, masyarakat Cina kekal marah pada Najib dan Umno, masyarakat Melayu semakin tidak tahan dengan kenaikkan harga barang, masalah negara terlalu banyak.

Dengan tekanan Mahathir yang semakin kuat terhadap Najib, maka bila-bila masa sahaja Najib boleh diserang secara dalaman mahupun luaran oleh musuh Umno dan anggota Umno sendiri.

Keupayaan Mahathir menghadirkan gelombang dan badai menentang seperti pada tahun 2007 hingga 2009 yang menyebabkan Abdullah jatuh boleh berulang kembali.

Anak muda kembali minat dan akan sentiasa memerhati perkembangan ini selepas berantakan sebentar di Selangor hampir ke penghujungnya. Mahathir memulakan langkah, pastinya beliau akan terus memacu langkah hingga Najib kelemasan.

Wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing

Albuquerque (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing dan cuba meracun tuan punya haiwan itu.

Shari Knight, 53, dituduh mencabul Spike dan Jake, anjing milik rakan sebiliknya, Beverly Bradley.

Kedua-dua anjing itu cedera ringan akibat kejadian di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar tempatan.

Defendan juga dituduh cuba meracun pemilik anjing itu dan abangnya, sehari selepas dia ditangkap bersama-sama seekor anjing berkenaan.

Shari dikatakan mencampurkan alkohol dan cecair pembersih tandas ke dalam makanan rakannya.

Dia berpacaran dengan abang Beverly, tetapi hubungan mereka berakhir selepas lelaki itu mengetahui mengenai tabiat ganjil Shari.

Menurut media tempatan, dokumen mahkamah menunjukkan Shari mengaku mengadakan seks berulang kali dengan anjing berkenaan.

Dia kini ditahan atas tuduhan menganiaya haiwan dan menyerang hingga menyebabkan kecederaan.

PKR cuba ugut Sultan Macam Ugut PAS - Pemerhati

Ramai pemerhati di Selangor berkata sikap PKR yang belum lagi berjumpa Sultan telah membuat satu keputusan yang seolah-olah mengugut sultan mesti menerima keputusan mereka. Cara ini juga dilihat telah digunakan untuk menekan pasri PAS untuk mengikut apa yang telah diputuskan oleh PKR.
Sultan yang berada di luar negara memendekkan lawatannya atas dasar untuk menyelesaikan isu MB Selangor tetapi PKR didapati berlebihan dalam isu ini, kata pemerhati bebas.

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Sikap PKR ini menyebabkan rakyat Selangor rasa muak, tambahnya lagi.