Albuquerque (Amerika Syarikat): Seorang wanita ditangkap kerana disyaki mengadakan seks dengan anjing dan cuba meracun tuan punya haiwan itu.
Shari Knight, 53, dituduh mencabul Spike dan Jake, anjing milik rakan sebiliknya, Beverly Bradley.
Kedua-dua anjing itu cedera ringan akibat kejadian di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar tempatan.
Defendan juga dituduh cuba meracun pemilik anjing itu dan abangnya, sehari selepas dia ditangkap bersama-sama seekor anjing berkenaan.
Shari dikatakan mencampurkan alkohol dan cecair pembersih tandas ke dalam makanan rakannya.
Dia berpacaran dengan abang Beverly, tetapi hubungan mereka berakhir selepas lelaki itu mengetahui mengenai tabiat ganjil Shari.
Menurut media tempatan, dokumen mahkamah menunjukkan Shari mengaku mengadakan seks berulang kali dengan anjing berkenaan.
Dia kini ditahan atas tuduhan menganiaya haiwan dan menyerang hingga menyebabkan kecederaan.
1 ulasan:
kalau boleh tak payah masuk cerita macam tu. biar blog lain jer bawa cerita cerita macam tu. Mungkin ada nilai berita tapi ia hanya perkara porno yang biasa dan memualkan. Jangan samakan diri tuan seperti ibnu hasyim. Ingat!! kiraman dan katibin tidak pernah tidur untuk menacatat apa yang kita lakukan. Setiap perkara akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. maaf, sekadar ingat mengingati. wassalam
Catat Ulasan