"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana selfie, peminat 'makan' siku Mike Tyson (video)


SEORANG peminat bekas peninju terkemuka, Mike Tyson disiku beberapa kali selepas beliau dirakam cuba memeluk ahli sukan kontroversi tersebut untuk tujuan selfie.

Melalui sebuah rakaman media sempena pertandingan tinju Floyd Mayweather-Manny Pacquiao minggu lepas, Tyson yang sebelum ini terkenal dengan sifat agresifnya di atas gelanggang menyiku peminat lelaki yang tiba-tiba datang memeluknya.

Menurut The West Australian, benar Mike Tyson sudah berubah selepas berlaku kes jenayah, bangkrap, kokain dan alkohol, namun dia juga seorang bekas peninju.

Video tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube menarik perhatian lebih 50,000 pelayar.

"Lelaki tersebut patut minta kebenaran sebelum peluk bekas peninju," kata Setgaurus.

"Jangan datang memeluk Mike Tyson dengan tiba-tiba," ujar Ramchandan.
-sinarharian-

Video: Dua kumpulan dakwa penyokong Pas bergaduh?

Adam Abu Bakar 
Pertelagahan berlaku antara dua kumpulan Pas yang mendakwa penyokong ulamak dengan penyokong Wan Azizah.
permatang pauh
PERMATANG PAUH: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh dicemari dengan pertelagahan antara dua puak yang mendakwa penyokong Pas.


Dalam kejadian di Penanti kira-kira jam 5 petang pada Rabu, menyaksikan perang mulut dan tolak menolak antara penyokong Pas yang didakwa penyokong ulamak dengan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyokong yang mendakwa kumpulan ulamak itu menggesa agar pengundi tidak memberi undi kepada Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang tertera “Pemuda bersama kepimpinan ulamak” serta “hudud hukum Allah”.

Insiden yang melibatkan 20 lelaki yang mendakwa penyokong Pas itu berjaya dileraikan oleh anggota polis.

Mantan Setiausaha PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah menganggap insiden itu satu sabotaj dan provokasi terhadap Pas kawasan Penanti.

“Mereka tahu di sini (Penanti) merupakan kubu kuat Pas dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka sengaja hendak buat kacau,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, demontrasi itu adalah taktik jahat kerana sebahagian besar peserta itu bukan ahli Pas.
Beliau bagaimanapun berkata, insiden itu tidak akan menjejaskan sokongan Pas kepada Wan Azizah.

-freemalaysiatoday-

2 Pelajar Digantung Sekolah Merakam Guru Wanita Di Tandas

MELAKA: Dua budak lelaki berusia 14 tahun sanggup memanjat siling sebuah sekolah terbaik di sini dan menunggu selama berjam-jam untuk merakam video guru perempuan menggunakan tandas.

Dua pelajar Tingkatan 2 terbabit dipercayai mengambil lebih dari 10 gambar dan video guru-guru di sekolah mereka.

Mereka memanjat ke siling tandas pelajar sebelum berjalan di ruang atas untuk membuat rakaman di tandas wanita ketika waktu rehat persekolahan.

Walau bagaimanapun, mereka telah ditangkap pada 27 April lalu selepas seorang guru mendengar bunyi dari siling dan menjerit meminta bantuan.

Ketika ditanya oleh guru disiplin dan empat orang anggota kakitangan lain, mereka mengaku telah menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan lalu.

Mereka berdua telah digantung persekolahan dan ibu bapa mereka telah dimaklumkan mengenai tindakan tatatertib yang dikenakan pada hari yang sama.

Salah seorang guru, 51, juga membuat laporan polis, bimbang kemungkinan video dan gambar telah dimuat naik dalam talian.

"Guru-guru bimbang bahawa kes itu mungkin menjejaskan reputasi mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Wira Md Yunos Husin.

"Kita tidak boleh menyembunyikan perkara ini kerana ia melibatkan kakitangan di sebuah sekolah terkenal," katanya, menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Md Yunos juga memberi jaminan kepada guru-guru bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada gambar atau video yang telah disebarkan dalam talian.

Polis Melaka Tengah berkata mereka akan merekodkan kenyataan daripada semua guru yang terlibat dan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata guru dan ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni.

"Kita mahu siasatan mendalam tentang kes ini," katanya.

Idris berkata, sekolah perlu menyediakan tandas yang berasingan untuk guru dan pelajar, yang jauh anatar satu sama lain.

Beliau juga menyeru agar pengawas ditempatkan untuk memantau keadaan berhampiran.
-mstar-