Yang Dipertuan Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob hari ini telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan berkata atas budi bicaranya, Yang Dipertua Negeri Melaka tidak bersetuju dengan permohonan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka yang dibawa Adly.
“Oleh yang demikian berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, berdasarkan Perkara 7 (2)(a) Perlembagaan Negeri Melaka, Mohd Khalil akan melantik seorang Adun sebagai Ketua Menteri yang baharu dalam masa terdekat yang pada pendapatnya mendapat kepercayaan sebilangan besar Adun Melaka.- BERNAMA
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Ketua Menteri Melaka mohon bubar DUN
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mahu pilihan raya negeri diadakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Adly berkata beliau telah membuat cadangan itu kepada Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob selepas Pakatan Harapan kehilangan kawalan majoriti di dewan undangan negeri (DUN).
Yang di-Pertua mempunyai prerogatif untuk menerima atau menolak permintaan itu. Jika ditolak, maka Adly mesti melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.
Kerajaan PH Melaka tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu, dan diburukkan lagi dengan dua Adun berpaling tadah.
Mereka adalah Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, dari DAP yang juga dikenali sebagai Hulk, dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR.
Tindakan itu menjadikan gabungan Perikatan Nasional memiliki 17 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
Dalam pada itu, Adly meminta rakyat negeri itu supaya bertenang.
"Saya mengharapkan semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat," katanya.

Mahathir mohon maaf letak jawatan, akui 'diperdaya' Muhyiddin
Malaysiakini
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, meminta maaf kepada anggota parlimen PH di pejabatnya di Kuala Lumpur pada semalam, ketika bekas sekutunya, Muhyiddin Yassin, bersiap sedia menjadi perdana menteri baru.
Berdasarkan rakaman video, Mahathir membuat permohonan maaf tersebut kerana beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Feb lalu.
Tindakan tersebut diambil Mahathir selepas beliau percaya telah kehilangan sokongan majoriti ekoran tindakan ahli parlimen Bersatu - diketuai Muhyiddin - meninggalkan PH pada hari tersebut.
"Saya telah melakukan kesilapan. Saya mengambil keputusan meletak jawatan. Saya meletak jawatan kerana saya hilang sokongan (majoriti ahli parlimen).
"Jadi, saya terpaksa letak jawatan. Saya tiada pilihan.
"Saya fikir jika saya letak jawatan, ia (isu pelantikan perdana menteri baru) akan kembali kepada Agong," kata Mahathir.
Turut kelihatan dalam video tersebut, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang pernah didakwa bercadang menuntut jawatan timbalan perdana menteri menjelang mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Feb lalu.
Sebaliknya dalam mesyuarat itu Anwar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai jawatan tersebut, sebaliknya memberikan sokongan kepada Mahathir.
Dia orang nombor dua
Ahli parlimen Langkawi itu berkata beliau mendapat sokongan semula pada akhirnya, tetapi itu tidak mencukupi untuk menghalang pembentukan kerajaan baru yang diketuai Muhyiddin.
"Jadi, saya ingin memberitahu anda sekali lagi, saya minta maaf," katanya dalam video tersebut.
Sesetengah ahli parlimen yang hadir di mesyuarat tersebut telah mengesahkan kandungan klip video, yang disiarkan oleh pengguna Twitter @RashidYusoff11.
Rashid Yusoff
@RashidYusoff11
[Tun M Dedahkan Pengkhianatan Muhyiddin]
Embedded video
290
9:16 AM - Mar 2, 2020
Twitter Ads info and privacy
171 people are talking about this
Sementara itu, Mahathir juga memberitahu bahawa beliau diperdaya untuk mempercayai Muhyiddin.
"Sejurus selepas memberitahu saya bahawa dia setia kepada saya, dia mengkhianati saya, dia tidak menunjukkan kesetiaan kepada saya. Dia menunjukkan kesetiaan untuk diri sendiri.
"Dia sedia bekerjasama, walaupun dengan orang yang pencuri, penyangak, pembunuh, dia sanggup kerjasama. Itulah jenis watak yang kita ada," katanya.
Mahathir juga meminta maaf kerana tidak menyedari terlebih dahulu bahawa beliau akan dikhianati.
"Saya minta maaf, dia adalah orang nombor dua saya, saya selalu syak wasangka, tetapi anda tidak selalu bertindak atas kecurigaan (kecuali) jika anda mempunyai bukti penuh, anda bertindak," katanya.
Muhyiddin mengetuai sekumpulan anggota parlimen Bersatu membentuk satu pakatan dengan anggota parlimen dari Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti yang lebih kecil.
Bilangan ahli MP yang setia kepada Muhyiddin dan Mahathir kini dipersoalkan disebabkan oleh kesetiaan sesetengah ahli parlimen yang terus berubah-ubah.
Sokongan Muhyiddin hanya akan diuji apabila sidang parlimen bermula.

Langgan:
Catatan (Atom)