Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mahu pilihan raya negeri diadakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Adly berkata beliau telah membuat cadangan itu kepada Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob selepas Pakatan Harapan kehilangan kawalan majoriti di dewan undangan negeri (DUN).
Yang di-Pertua mempunyai prerogatif untuk menerima atau menolak permintaan itu. Jika ditolak, maka Adly mesti melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.
Kerajaan PH Melaka tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu, dan diburukkan lagi dengan dua Adun berpaling tadah.
Mereka adalah Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, dari DAP yang juga dikenali sebagai Hulk, dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR.
Tindakan itu menjadikan gabungan Perikatan Nasional memiliki 17 daripada 28 kerusi DUN Melaka.
Dalam pada itu, Adly meminta rakyat negeri itu supaya bertenang.
"Saya mengharapkan semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan