"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Susulan Pelajar Buta Mata Terkena Kelongsang Peluru Gas Pemedih Mata, Kenyataan Terbaru Ketua Polis Kelantan Mengecewakan !!


Kenyataan terbaru Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi (foto) hari ini yang tiba-tiba mahu mempertahankan anggota polis yang terbabit menembak gas pemedih mata hingga menyebabkan mata seorang pelajar buta baru-baru ini amatlah dikesali. Selasa lalu seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu Kelantan.. Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman UdaraInstitut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian. Menurut maklumat, mangsa terbabit berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," katanya. Menurut seorang saksi, yang dikenali sebagai Abd Rahman berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanannya sambil menjerit kesakitan. "Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Satu laporan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.


Inilah rupa keronsang gas pemedih mata FRU yang dilepaskan itu agaknya
[Kami amat kecewa dengan kenyataan cabaran yang dibuat oleh Ketua Polis Kelantan itu yang antara lain mencabar mangsa menunjukkan"dimana keronsang peluru" terbabit? Jika benar beliau terkena tembakan FRU. Malah katanya mungkin juga beliau terkena objek keras yang lain seperti tin minuman, batu atau sebagainya. Malah beliau mempertahankan kononnya polis tidak melakukan tindakan tersebut. Sedangkan sejak dulu kini dan selamanya rakyat tahu bahawa FRU akan menembak membabi buta terhadap rakyat yang tidak berdosa. Masih kita ingat kejadian tembakan rambang polis menggunakan "peluru hidup"semata-mata meleraikan ceramah PAS di Batu Buruk Terengganu dulu. Sehingga ke hari ini kes itu masih belum selesai, malah kemungkinan besar polis yang terbabit tidak akan didakwa. Mujurlah kes di Kota Bharu ini berlaku dalam perlawanan bola sepak, bayangkan jika ia berlaku dalam ceramah PAS. Sudah pasti polis akan menuding jari kepada mangsa terbabit. Susulan daripada itu, kita tidak perlu terlalu yakin pihak polis akan menyiasat dengan telus dan adil kes ini].

Tiada ulasan: