"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa? Nyalakan Api Di Peta Iran..



LIHAT gambar ini...

Gambar Barack Obama Presiden Amerika Syarikat (AS) sedang menyalakan api di peta Iran.. diangkat dari Majalah
'Schweizmagazin'berbahasa Jerman di bawah tajuk 'Iran: AS Pantau Rusuhan'. Membuktikan Rumah Putih terlibat terus dalam mencetuskan rusuhan di Teheran.

Makalah tersebut menyebutkan, 85 juta US dilaburkan oleh Rumah Putih AS bagi membiayai rusuhan di Teheran sejak dari pemerintahan Presiden Bush lagi, dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Ahmadinejad. AS juga mendirikan sejumlah setesyen radio berbahasa Persi seperti Radio Farda, dan lain-lain. Jadi tidak hairan jika kemenangan Ahmadinejad dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Iran kali ini disambut dengan cemohan dan hasutan dari Washinton DC.

Semasa PRU tersebut media massa Barat terutama BBC memberitakan situs jejaring Facebook dan Twiter di Negeri Mullah itu telah diblok oleh pemerintah Iran, padahal pernah satu hari selepas PRU situs jejaring itu boleh di akses di Iran. Makalah itu juga menyebutkan...

(
Satu) AS mempunyai kepentingan besar di Iran. AS ingin menguasai minyak Iran dari dalam, seperti yang berlaku di Irak yang telah mereka kuasai. Kuasai minyak Iran memang penting bagi AS..

(
Kedua) Tetapi lebih penting lagi menghentikan program reaktor nuklier Iran. Oleh itu jika pemerintahan Iran dipegang oleh Mousavi, maka setidaknya untuk empat tahun kedepan Iran akan menghentikan operasi reaktor nukliernya.

(
Ketiga) Selain itu, sokongan Iran terhadap bangsa tertindas di Palestin juga akan lemah. Meskipun Mousavi tetap akan memihak Palestin namun, tawaran Obama untuk membagi dua negara Palestin dan Israel kemungkinan besar diterima oleh Mousavi.

(
Keempat) Bukan itu sahaja, sokongan Iran terhadap Hizbullah Lebanon pun akan berbeda jika Mousavi terpilih menjadi presiden.

(
Kelima) Disinilah kelicikan pemerintahan Obama, yang memehami betul politik Timur Tengah dan semuanya akan selesai jika Iran runtuh.. Dan projek untuk menjadikan pemerintah Saudi Arabia sebagai kiblat negara Muslimin akan terlaksana.

Begitulah kira-kira.. (Sumber http://www.schweizmagazin.ch dll /AK)

Tiada ulasan: