"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Balakirsnan Mimpi Jumpa Nabi.


PENGERUSI Kelab Penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Naib Presiden PAS yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW. Demikan diberitakan oleh blog Lajnah Penerangan DU PAS Pahang baru-baru ini.

Ustaz Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang menjumpainya itu adalah Nabi Muhammad SAW? Individu dilihat didalam mimpinya itu memakai serban, berjubah dan mengakui dia adalah Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama Muslim kepadanya. Mengenai mimpi jumpa Nabi ini, Tuan Ibrahim membacakan dalam ceramahnya sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

"Berdasarkan pengalaman ramai non Muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam." komen editor blog tersebut. "Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Inilah suatu fenomena menarik dalam arena politik Islam di negara ini.

http://www.ibnuhasyim.com/

Tiada ulasan: