"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS: Anak terharu terima manfaat Takaful Kifaalah ayah

Abdul Rahim Muhamad

JELI, 25 Jun (Hrkh) - Seorang pemuda yang tinggal di Bukit Selar, Kuala Balah terharu menerima manfaat skim Takaful Kifaalah daripada kerajaan negeri ekoran kematian ayahnya.

Mohd Azali Che Abas, 24 berkata, Kelantan benar-benar dianggap negeri berkebajikan apabila rakyat mendapat banyak manfaat daripada program yang dianjurkan.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas sumbangan ini," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan itu daripada Penyelia Perlimen Jeli, Haji Apandi Mohamad baru-baru ini.

Ayahnya, Che Abas Deman meninggal pada Jun tahun lepas ketika berusia 63 tahun akibat sakit tua.

Sebelum ini beliau menerima manfaat Takaful Kifaalah secara tunai sebanyak RM500 pada hari kematian. Dan hari ini menerima cek berjumlah RM2,000.

Allahyarham Che Abas merupakan aktivisi PAS di kampung tersebut semasa hayatnya.

"Terima kasihlah kepada Tok Guru dan Haji Apandi. Duit ni nanti, insya-Allah dapat menampung sedikit sebanyak keperluan ubatan emak," katanya yang bekerja sendiri.

Beliau tinggal bersama seorang adik dan ibu yang kini sakit tenat.


Tiada ulasan: