"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waran tangkap untuk ahli parlimen PKR S Manikavasagam

Waran tangkap dikeluarkan terhadap ahli parlimen PKR S Manikavasagam setelah gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K Sujatha.

Waran itu dikeluarkan oleh koroner Mohd Faizi Che Abu pagi ini selepas beliau dimaklumkan bahawa ahli parlimen Kapar itu enggan menerima sapena yang cuba diserahkan semalam.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Manikavasagam berkata beliau enggan menerima sapena itu yang diserahkan di Parlimen dan sewajarnya polis menyerahkan di kediamannya atau bilik operasinya di Kapar.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: