"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MSO, TOLONG BETULKAN TULISAN ANDA BERUPA FITNAH ITU


MSO kata Nik Aziz mengaku salah?
Oleh: WFAUZDIN NS

"Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nik Aziz yang menjelaskan bahawa isu
unity government telah tidak berbangkit lagi. Isu berkenaan dikira tutup buku. Sehubungan itu beliau juga telah menarik balik bidasan pedih yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin sebelum ini. Penarikan balik itu menunjukkan Tok Guru itu bersedia mengaku salah atas apa-apa tindakan beliau yang dianggap kurang manis dan terlajak sebelum ini."

PETIKAN di atas adalah tulisan terbaru MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam blognya. Puas saya mencari di mana perkataan yang boleh diandaikan Mursyidul Am telah mengaku salah . Apakah apabila Mursyidul Am menyatakan kecaman dan desakan beliau terhadap Us Nasha di tarik balik membawa maksud pada MSO bahawa Mursyidul Am `mengaku salah' dan `terlajak'? Jika dikatakan `menarik balik' itu membawa maksud Mursyidul Am bersedia `memaafkan' tingkah laku Us Nasha pula bagaimana? Jadi, tidak perlu kita ulas yang kita sendiri tidak tahu apa yang tersurat dihati kedua-dua tokoh tersebut. Ini seperti menunjukkan kita ada `niat' tertentu untuk menyatakan sedemikian. Harapan saya agar MSO tarik balik tulisan anda dan hentikan budaya fitnah anda terhadap Mursyidul Am.

Tiada ulasan: