"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai:Umno pengaruhi pengundi luar usah pulang mengundi

Lanjusoh

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategik bagi memastikan Manek urai terlepas ke tangannya pada pilihan raya kecil 14 Julai ini, termasuk dikatakan cuba mempengaruhi pengundi luar.

Antara strategi terbaru dikesan dilakukan iaitu cuba mempengaruhi pengundi Manek Urai yang tinggal di luar Kelantan supaya tidak pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi," dakwa Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Sebelum ini Umno telah melakukan pelbagai strategik bagi meraihkan simpati pengundi di Manek Urai termasuk menggunakan anggota kesealamatan bagi membuat bancian di rumah-rumah penduduk. Selain itu ada juga pemimpin Umno yang berlakon menoreh getah.

Sementara itu dalam perkembangan lain pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat sepakat mencadangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak meletak calon bertanding di Manek Urai sekiranya benar mahu menjayakan semangat 1Malaysia.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno sepatutnya tidak bertanding di Dun Manek Urai kalau takut habis duit.

"Umno tidak sepatutnya bertanding di Manek Urai kerana pada pilihan raya kecil Dun Penanti sebelum ini Umno tidak mahu membazirkan duit memasuki pilihan raya tersebut," katanya.

Pengarah Pilihan Raya KeADILaN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kalau benar Perdana Menteri mahu menjayakan konsep 1Malaysia dengan rakyat diutamakan lebih baik parti itu tidak meletak calon di Manek Urai.

"Lagi Perdana Menteri mahu perpaduan. Kalau mahu perpaduan, lebih baik PAS terus mempertahankan kerusi tersebut yang sudah menjadi milik PAS sebelum ini," katanya pada ceramah pengisytiharan calon PAS di Manek Urai Lama malam tadi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, kalau Umno beriaya-iya sangat hendak kepada perpaduan lebih baik tidak usah bertanding di Dun Manek Urai.

Sebelum ini Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak memberitahu Umno tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti bagi mengelakkan membazir wang.

Tiada ulasan: