Pekerja KTM Berhad mengancam mengadakan piket 29 Jun dan 1 Julai ini sebagai membantah pelantikan Sarbini Tijan sebagai pemangku pengarah urusan syarikat tersebut. Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya membantah pelantikan Sarbini - kini pengurus besar operasi - kerana terlibat dalam kes pertikaian perusahaan yang telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. Menurut Bernama, Abdul Razak berkata bantahan itu bukanlah untuk membelakangi kuasa anggota lembaga pengarah tetapi pemilihan pengarah urusan mestilah dibuat di kalangan pengurus besar KTMB. Sehubungan itu, katanya, pihak kesatuan akan mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta agar pelantikan Sarbini ditarik balik. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pekerja KTM ugut piket Isnin depan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan