"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKFZ: Siasat Siapa Yang Terlibat - Wee Choo Keong

Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menegaskan hanya dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas, fakta-fakta yang sebenarnya dapat diketahui dalam menyiasat isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Jelasnya laporan audit Pricewaterhouse Coopers terhadap projek PKFZ, yang kosnya kini melambung RM12.5 bilion yang telah dikeluarkan pada 28 Mei lalu.

"Skandal ini merupakan masalah besar yang melanda negara. Selagi tidak ditubuhkan suruhanjaya ini, kita tidak akan dapat mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat dalam skandal ini.

"Apa yang kita tahu bekas pemimpin MCA terlibat dalam skandal ini. Sekiranya terdapat suruhanjaya penyiasatan, barulah individu yang terlibat dapat dibawa ke pengadilan.

Jika kerajaan jujur dan betul-betul ingin melaksanakan konsep 'Satu Malaysia', barulah betul-betul dikatakan kerajaan mendahului rakyat, "katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Tegasnya lagi, penubuhan suruhanjaya tersebut lebih penting walaupun penerangan telah diberikan oleh Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat mengenai laporan semakan kedudukan PKFZ oleh Pricewaterhouse Coopers Adivisory Services Sdn. Bhd di Dewan Rakyat pada 22 Jun lalu.

Ong Tee Kiat sewaktu membentangkan Penerangan Menteri berhubung laporan semakan kedudukan PKFZ yang diusahakan Pricewaterhouse Coopers serta langkah-langkah susulan yang digariskan oleh Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang itu adalah untuk menjadikan projek tersebut berdaya maju.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen melahirkan kekecewaan dengan penjelasan yang diberikan oleh Tee Keat.

Jelasnya, beliau amat berharap Ong Tee Kiat akan akan datang ke Parlimen dengan penuh persediaan bagi menjelaskan mengenai isu PKFZ itu.

Bagaimanapun katanya beliau tidak menyangka menteri berkenaan tidak menjawab soalan yang dikemukakan berhubung skandal tersebut bahkan, jawapannya begitu ringkas dan pendek.

"Lima soalan yang saya kemukakan sejak tahun lepas mengenai skandal ini tidak dijawab. Dan jawapannya pada hari ini terlalu ringkas dan pendek,"katanya.


Tiada ulasan: