"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AJK Masjid: Pemuda PAS Perak mohon mengadap Raja Nazrin

Harakahdaily
IPOH, 24 Dis:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan memohon mengadap kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP), Raja Nazrin Shah bagi membuat penjelasan berhubung isu perlantikan AJK Masjid Mukim Slim.

Ianya ekoran tuduhan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang juga bahawa senarai asal yang telah diluluskan pada 2 Ogos telah diubah dan dimasukkan nama baru dari kalangan penyokong tegar PAS.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mendakwa perkara itu angkara 'tangan ghaib' pegawai di pejabat Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan urusetia MAIAIMP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu menyataan medianya di sini semalam memberitahu mereka kesal kerana tuduhan dan dakwaan Khusairi itu tidak pernah diadukan atau dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) atau pun MAIAIMP.

"Persoalannya kenapakah tuduhan dan dakwaan tersebut dibuat sekarang, adakah kerana ingin memastikan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid mesti berpihak kepada UMNO sahaja," katanya.

Tambahnya, perkara itu jelas membuktikan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak isu seperti ini tidak pernah timbul kerana perlantikan AJK Masjid telah diserahkan kepada yang berhak dalam kariah atau jamaah kampung itu sahaja tanpa campur tangan politik.

Pemuda PAS Negeri katanya sedang menunggu peluang dan ruang yang ada untuk memberikan penjelasan kepada Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah jika diperkenan merafak sembah nanti.

"Kita tidak mahu semua tuduhan tersebut tanpa memperjelaskan kedudukan sebenar dan hanya berpihak satu pihak sahaja," ujarnya.

Khusairi juga sebelum ini menuduh PAS mempolitikkan masjid dan mendakwa guru-guru takmir pro-PAS lebih banyak menghentam kerajaan dari mengajar agama.

Mengulas perkara itu Salman berkata, Pemuda PAS Perak mahu menuntut keadilan di dalam perkara ini kerana PAS tidak pernah menjadikan masjid sebagai gelanggang politik sepertimana yang telah didakwa oleh Khusairi.

Menurut beliau Pemuda PAS Negeri juga menasihati Khusairi supaya tidak cepat melenting dan menfitnah PAS bila setiap kali mendapat teguran tentang ajaran Islam sebenar dari mimbar-mimbar Jumaat dan penceramah-penceramah di masjid.

Tiada ulasan: