"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Petronas pun tahu tak berbaloi taja pasukan F1 Malaysia

Angkasanuri
Syarikat petroleum negara, Petronas semalam mengumumkan menjadi penaja utama kepada pasukan formula 1 yang menggunakan enjin Mercedes. Kedua-dua pihak telah membuat perjanjian lima tahun dengan menggunakan nama Mercedes GP Petronas.

Pengumuman ini sekaligus menjadi tamparan kepada pasukan formula 1Malaysia yang masih terkial-kial mencari penaja utama. Air Asia dan Proton sebelum ini telah menyatakan kesediaan menjadi penaja pasukan formula 1Malaysia.

Walaupun Petronas menjadi pembekal bahan api utama kepada pesawat Air Asia itu tidak membuka hati pengurusan Petronas untuk menjadi penaja utama.

Langkah Petronas menaja pasukanMercedes adalah lebih tepat berbanding menjadi penaja pasukan Formula 1Malaysia .

Lebih-lebih lagi walaupun Malaysia berbangga dengan pasukan formula 1nya tetapi masih lagi bergantung enjin luar iaitu enjin Lotus dari Itali.

Manakala Pasukan Mercedes GP Petronas sebelum ini dikenali dengan nama Brawn GP telah terbukti keunggulannya dengan menjadi juara formula 1 musim lalu.

Kemunculan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher yang dikhabarkan akan menjadi pemandu Mercedes GP Petronas dijangka akan meningkatkan nilai tajaan Petronas pada masa akan datang.

Ternyata Petronas lebih menyedari adalah lebih berbaloi menaja Pasukan Mercedes GP Petronas berbanding pasukan Formula 1Malaysia.

Mungkinkah kerajaan terpaksa menggeluarkan belanja dari duit rakyat untuk menjadi penaja pasukan Formula 1Malaysia.?Lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi pastinya syarikat-syarikat besar akan lebih berhati-hati dalam pelaburan mereka.

Jika itu berlaku maka pembaziran dan kerugian ratusan juta duit rakyat akan berlaku. Kecualilah Pasukan Formula 1Malaysia menggunakan enjin pesawat pejuang F5E yang hilang itu!

Tiada ulasan: