"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parlimen Malaysia Wajar Di Bubar.

mohdnoorawang
Parlimen Malaysia atau Dewan Rakyat wajar dibubarkan dengan seberapa segera. Perdana menteri Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak ternyata gagal mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan gagal dalam pentadbiran. Moto Najib makan diri.

Rakyat didahulukan, percapaian diutamakan dan satu Malaysia, hanya slogan kosong Najib. Untuk rekod Najib dilantik sebagai perdana menteri Malaysia digambarkan media luar negara terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia.

Kedua Najib Razak juga terlibat dengan wang rasuah ratusan juta semasa menjadi menteri pertahanan.

Najib Razak wajar mendapatkan mandat baru dari semua wakil rakyat dan semua komponen barisan nasional. Sewajrnya satu pilihanraya umum yang baru perlu diadakan dalam tempuh yang terdekat. Kewajaran untuk mengadakan pilihanraya umum seluruh Malaysia termasuk semua negeri perlu dibuburkan dewan bagi mengadakan satu piluhanraya baru bagi mencari mandat kepercayaan.

Kewajaran pilihanraya umum diadakan berasakan :-

1-Kekalutan yang berlaku Dewan Negeri Perak. Umno dan Najib Razak merampas kerajaan pilihan rakyat yang sah.

2-Bajet 2010 yang dibentang oleh Najib Razak dipulau sebahagian wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional. Hanya beza tiga undi.

3-Najib gagal dalam memelihara keakraban dalam komponen barisan nasional. Krisis MCA. PPP, gagal. Termasuk Timbalannya gagal dalam misi menamatkan krisis MCA.

4- Timbalan perdana menteri TS Muhyuddin Yassin tidak ada daya kepimpinan yang tinggi. Cakap dan idea ditakut lama. Suka buat ugutan yang bodoh. Cakap macam JKKK.

5- Menteri besar Negeri Sembilan salah seorang pemimpinumno yang dikatakan pindah wang RM10 juta. Baru sahaja menjawat jawatan sudah ada wang RM10 juta. hebat pemimpin UMNO.

6- Orang yang disahkan terlibat dengan politik wang oleh umno sendiri masih ada jawatan dan menjadi wakil rakyat serta menteri dan menteri besar.

7- UMNO ingin kan kuasa semula sanggup membunuh orang awam dengan mengunakan SPRM sebagai propaganda bagi tujuan merampas negeri Selangor yang dikuasai oelh pakatan rakyat.

8- Separuh menteri dan kementerian gagal menghantar laporan prestasi setiap enam bulan seperti yang diarahkan oleh Najib Razak.

9- Kemelut PKZ pelabuhan Klang bebas cukai yang dikatakan hampir RM4.5 Billion lesap. UMNO dan MCA jelas terlibat dengan wang rasuah.

10- Berlaku kecurian atau kata mudah faham penjualan dua buah injin jet milik TUDM sebanyak RM50 juta. Malah berita terkini satu lagi inijin jet hilang milik TUDM. Semuanya berlaku semasa Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Penutup:- Jika diambil kira kes yang berlaku dan Najib sendiri gagal dalam memimpin kerajaan, wajarlah diadakan pilihanraya umum semula dan semua DUN di buburkan. Najib Razak perlu mencari mandat yang baru dari semua komponen barisan nasional dan Najib perlu mencari wakil rakyat dari parlimen dan DUN yang betul-betul setia kepada parti dan diri Najib Razak sendiri. Dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri Malaysia jika barisan nasional menang semula dalam pilihanraya.

Tiada ulasan: