"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rosmah sergah wartawan, kenapa tak marah Tian Chua

nanbinjai
Datin Seri Rosmah Mansor sengen (sergah) kepada wartawan bila bertanyakan soalan wang seludup RM600 ribu diberi kepada beliau.

Isteri Perdana Menteri, Najib Tun Razak itu cukup marah kepada wartawan yang bertanyakan kepada beliau soalan tersebut tetapi kenapa dingin dengan Tian Chua yang membuat tuduhan itu.

Wanita pertama Malaysia itu tidak pula mahu dan heret Tian Chua ke mahkamah. Kenapa tidak cari Tian Chua hingga ke lubang cacing sebaliknya melenting kepada wartawan yang bertanyakan soalan itu.

Memang kerja wartawan membuat laporan checks and belance. Memberi peluang seluas-luasnya kepada pihak dituduh menjawab bagi pihaknya daripada gosip liar penuduh.

Jika tidak diberi peluang kepada pihak dituduh menjawab macam kebanyakan amalan blogger maka ia dipanggil bais atau laporan berat sebelah.

Jadi wartawan yang bertanyakan mengenai tuduhan Tian Chua itu mengikut ertika kewartawanan untuk memberi ruang kepada pihak yang dituduh menjawab gosip penuduh.

Kenapa pula Rosmah perlu sergah kepada wartawan yang mahu memberi ruang kepada beliau membela diri?

"Tak patut..." kata Mail yang terkenal dengan dua seringgit dalam filem aminasi Upin dan Ipin di tv.

"Betul... betul... betul" balas Ipin.

Habis doh cerita tu... ini cerita Ukin pulak yang terkenal berperangai baik dan suka menasihati, mahu juga ingatkan Rosmaria dia tu.

Maka berkatalah Ukin: "Baiklah mungkin Ros tidak suka soalan peribadi tetapi Ros patut fikir bahawa tuduhan itu telah menjatuhkan maruah kita sebagai dara pertama Malaysia.

Kalau Ros tidak suka menjawab maka sebaiknya kita guna saluran kedua iaitu kita saman apek tu di mahkamah. Apek tu betul-betul telah menjatuhkan reputasi dara pertama Malaysia. Kalau kita tidak berbuat demikian kita akan merundum.

Ros patut sedar atau jangan buat tidak sedar tentang dunia maya banyak membincangkan moral kita selaku isteri kepada ketua sebuah negara.

Jika Ros tetap tidak mahu melayan pertanyaan media atau mahu buat `donoo' kepada perkara yang ditimbulkan Apek tu, Ros jangan harap orang akan sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahu ke Ros menjatuhkan abe dalam pilihan raya nanti? Tentu Ros tidak mahu tetapi Ros patut sedar tindak tanduk Ros boleh menjatuhkan abe dalam pilihan raya akan datang.

Bagi menghalang pembangkang menjatuhkan abe maka Ros patut membersihkan diri. Kalau boleh Ros perlu mandi bunga untuk buang perkara yang terpalit benda-benda kotor.

Ros jangan percaya sangat perkara tahyul tu... ilmu hitam tu... jangan dilayan. Kalau isu tahyol kita nak guna jalan kedua iaitu mahkamah, mungkin dia tak makan saman.

Itu pun kena abe sokong cadangan hok orang panggil Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Harun Din yang cadang buat undang-undang hukuman keatas pengamal sihir.

Tapi Ros oii.. hok bab RM600 ribu ni macam mana? Takkan nak mandi bunga juga! Ni kita kena cari idea, jangan sampai abe jatuh. Kita tidak boleh diam saja...

Kalau malas fikir, kita jawab je pertanyaan wartawan atau kita saman je Apek tu. Susah sangat kita cari je Apek hingga ke lubang cacing... kita ISAkan dia.

Tapi susah juga abe nanti sebab abe dah lepas orang keluar ISA takkan abe nak tangkap orang politik sumbat ISA.

Ohhh... Ros selamatkan abe... Ros. Jangan buat macam ni Ros nanti abe jadi ketua sebuah negara berumur paling pendek dalam dunia.

Idea Ros... idea Ros... selamat dunia hijau... jangan ditambah letupan, kotorkan dunia... selamatkan abe. Abe mahu lupakan negara Monggolia. Dia bukan negara cantik untuk dilawati.

Ros... pulihkan nama Ros. Kalau Ros pulihkan nama Ros, abe pun selamat.

Berikut berita wanita pertama Malaysia sergah wartawan dalam sidang akhbar yang dilaporkan Malaysiakini:

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'

Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan.

"Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah (foto atas, kanan) hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.
http://nanbinjai.blogspot.com

Tiada ulasan: