"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagaimana akhbar berkebajikan harus beroperasi?

Ali Bukhari Amir
Cuba lihat Bersamamu, TV3. Saya fikir, kita kena bangkit sebagai sebuah akhbar yang menyelesaikan masalah masyarakat dan kita sendiri yang pergi menyelesaikan masalah mereka dari semasa ke semasa,” kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman.

Sejak dahulu lagi, komitmen dan usa ha beliau untuk menjadikan akhbar Harakah sebagai akhbar berkebajikan memang terserlah. Penubuhan segala jenis tabung bantuan, khasnya, tabung bagi meringankan bebanan mangsa ISA adalah manifestasi ke atas usa hanya itu.

Peranan akhbar berkebajikan ini menurutnya tidak cuma terhenti terhadap usa ha memberi bantuan kewangan semata-mata, malah ia akan turun menyelesaikan semua permasalahan sehingga pihak yang bermasalah itu tahu mengenai cara-cara bagaimana mengendalikan setiap cabang permasalahan yang melingkari kehidupan mereka.

“Tidak selamanya dan tidak semua manusia itu kita beri duit, walaupun duit itu keperluan juga. Akhirnya kita kena beri mereka kepakaran dan kepandaian agar mereka boleh hidup mencari rezeki, mencari kehidupan mereka sendiri.

“Tidak selamanya kita memberi ikan kepada orang, walaupun memberi ikan itu suatu hal yang penting juga. Namun, yang paling utama ialah kita mesti memberi kail dan pancing, agar mereka dapat gunakan alat itu untuk menyara diri sendiri,” jelas beliau.

Idea untuk mengiktiraf atau pun menjenamakan Harakah sebagai akhbar berkebajikan ini hadir ketika berbual-bual bersama Ahmad Lutfi di sebuah restoren di Jalan Pa hang Barat.

Di situlah buat kali pertama barangkali, bekas penulis buku politik yang meresahkan Khir Toyo ini, membanting idea, mencurah fikirannya berhubung kedudukan Harakah sebagai akhbar berkebajikan. Saya menurunkan catitan buah fikirannya di atas kertas nota kecil.

“Tetapi tentu saja ada cabarannya dalam usa ha kita menjadikan akhbar ini sebagai akhbar berkebajikan itu,” tambahnya lagi.

“Antaranya?” saya mencelah.

“Perlu ada sebuah pasukan yang benar-benar lasak sehingga pasukan wartawan itu betul-betul dapat menjiwai peranan yang mereka mainkan,” saran beliau.

Hal itu mungkin sukar dilaksanakan. Ia memerlukan semacam pasukan, ‘team’ wartawan berkebajikan yang tugasnya sentiasa menggali kesusahan orang lain setiap minggu.

Segala permasalahan penduduk setempat, menurut Ahmad Lutfi, peranan akhbar itu juga yang akan mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah, meleraikan kekusutan mereka.

“Apakah ada kalangan mereka yang betul-betul dapat turun ke lapangan untuk memantau keadaan dan mencatatkan satu persatu segala kekurangan mereka itu?” soal beliau lagi.

Keyakinan dan kepedulian rakyat ke atas akhbar berkebajikan

Hal yang tak kalah pentingnya dalam rangka usaha merakyatkan Harakah sebagai akhbar berkebajikan ini ialah, usa ha bagi mendapatkan kepercayaan ke atas usaha akhbar ini.

“Tabung-tabung ini sebetulnya mencukupi. Dan, yang tidak harus diketepikan ialah, rasa yakin yang menebal masyarakat ke atas kerja kebajikan kita sebelum ini,” katanya.

Ahmad Lutfi menekankan hal keyakinan masyarakat yang tumbuh ke atas tabung-tabung kebajikan itu juga. Misalnya, apakah sampai duit sumbangan mereka itu kepada keluarga mangsa. Tabung Mangsa ISA misalnya, mencatatkan dana sejumlah RM500,000.

“Dari mana datangnya duit itu kalau bukan daripada keyakinan oran g-ramai yang melihat kita turun menyalurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa tahanan ISA?

“Bukan tidak ada oran g yang nak derma. Masyarakat kita memang prihatin. Tapi, mereka ingin melihat, apakah sampai atau tidak wang yang mereka dermakan itu,” kata beliau.

Sisipan khas mengenai kesihatan

Dalam wajah yang rusuh, ekoran keuzuran yang menimpanya bertimpa-timpa, kesedaran berhubung kesihatan dengan kebajikan amat dititikberatkan oleh Ahmad Lutfi.

“Kesusahan seseorang banyak berkaitan dengan tara f kesihatan seseorang. Ketika mereka sakit-sakit, mereka sanggup berbelanja besar untuk meredakan kesakitan itu.

“Apatah lagi jika penyakit itu melibatkan sakit kritikal atau penyakit luar biasa yang tidak diketahui puncanya oleh doktor sendiri.

“Mereka akan sanggup berhabis duit belanja bagi memastikan supaya kesihatannya pulih kembali seperti sediakala,” kata beliau.

Tambah beliau, kedudukan penyakit kronik hari ini dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat menyebabkan tahap pemikiran rakyat perlu dianjakkan oleh Harakah.

“Harakah perlu ada sisipan khas mengenai ilmu-ilmu kesihatan ini. Kalau dulu, penyakit kritikal ini tidak dipedulikan oran g sangat. Tapi, sekarang ini, dah ramai oran g mengidap penyakit kritikal. Dalam 10 oran g, mungkin ada 7 oran g yang mengidap diabetes.

“Jadi, maklumat mengenainya bukan lagi cuma terhad kepada pihak-pihak terntentu saja, malah ia mesti difahami oleh setiap lapisan masyarakat kita.

“Sebab itu, saya berazam untuk cuba wujudkan sisipan khas mengenai masalah-masalah kesihatan ini untuk menyedarkan oran g-ramai berhubung taraf kesihatan kita yang makin membarah sekarang ini,” tambah beliau lagi.

Jadi, tambah beliau, secara tidak langsung, akhbar Harakah turut menyantuni golongan-golongan pesakit melalui penyebaran ilmu dan maklumat berhubung penyakit-penyakit yang mereka alami.

Kita perlukan doktor-doktor pakar yang boleh mengulas setiap permasalahan termasuk istilah-istilah peru batan yang jarang-jarang didedahkan kepada oran g awam,” katanya sambil menyelak helaian sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia .

Menurut perhatian saya, Ahmad Lutfi sebenarnya amat tertarik dengan pengisian sisipan Kesihatan itu, yang antara lainnya memutarkan jawapan tentang masalah kesakitan para pembaca dengan begitu baik dan jelas sekali.

“Memang ada rekod yang menunjukkan bahawa Berita Harian mengatasi jualan Utusan Malaysia . Namun, Mingguan Malaysia edisi Ahad mengatasi rekod jualan Berita Minggu dan mungkin antara sebabnya ialah sisipan tentang maklumat kesihatan itu,” katanya saat menegakkan hujah, kenapa sisipan khas mengenai kesihatan perlu hadir dalam Harakah.

Tiada ulasan: