"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Selangor : Ada Keperluan Persuruhjaya Baru?

al-brangi
Jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap dua pemimpin PAS Selangor termasuk ketua negeri Datuk Dr Hasan Ali. [sumber.]

Pemimpin datang, pemimpin pergi. Jika mereka berdua didapati sabit kesalahan disiplin parti maka seorang Persuruhjaya baru terpaksa dilantik.

Presiden UMNO pernah berkata, Selangor merupakan nadi pentadbiran, nadi ekonomi, nadi pembangunan di Lembah Kelang dan secara tersiratnya ialah nadi kepada hayat UMNO, justeru itu Selangor perlu di'rampas' kembali.[sumber.]

Gerak-kerja ke arah itu sudah lama dihidu. Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor sentiasa digelodak. SPRM amat aktif di Selangor terutama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

SPRM amat teliti apabila berhadapan dengan pembangkang Selangor (UMNO/BN) seperti memilih buah durian, hanya ditelek kulit, dihidu, diangkat, diletak, diangkat, diletak tapi tak jadi beli kerana terlalu 'mahal'.

Persuruhjaya baru hendaklah yang boleh diterima majoriti kawasan supaya senang menyelaraskan gerak-kerja parti. Walaupun perlantikan Persuruhjaya adalah hak 'prerogative' Presiden, untuk memudahkan percaturan ini, disyorkan setiap kawasan menghantar beberapa nama untuk pertimbangan Presiden.

PAS sebagai sebuah parti dalam Pakatan Rakyat ada kewajaran untuk melihat serta meneliti faktor 'ngam' sesama parti gabungan, dalam erti kata lain seorang yang disegani oleh parti gabungan dan parti musuh.

Untuk melicinkan serta melancarkan 'kerja-kerja' PRU13 akan datang, ketegasan adalah di antara ciri-ciri seorang Persuruhjaya, ada keperluan serta kewajaran untuk diambil kira oleh Presiden.

Ketegasan tidak semestinya jenis 'keras kepala' sehingga menutup segala pintu rundingan.

Mungkin terlalu awal membicarakan PRU13, tetapi biar berakit-rakit ke hulu, berenang-renang di tepian. Biar bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

http://al-brangi.blogspot.com

Tiada ulasan: