Mahkamah juga memerintahkan para plantif dibayar faedah 8 peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 9 November 1998.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Adnan Muhamad yang mengumumkan keputusan tersebut pagi tadi berkata, fakta-faktanya adalah jelas serta mudah dan penghakiman hari ini berasaskan fakta hujah kedua belah pihak.
Beliau berkata, jumlah tersebut mencukupi bagi apa yang telah mereka lalui ketika ditahan selama hampir 24 jam.
Wan Adnan juga berkata gantirugi tersebut bukan satu habuan tetapi pampasan terhadap kesulitan yang mereka telah alami.
Beliau bagaimanapun menolak tuntutan plantif untuk mendapatkan gantirugi teruk, teladan dan gantirugi khas kerana mereka tidak mengemukakan dokumen bukti, tetapi hanya memberi keterangan lisan.
Aktivis dan wartawan terbabit telah memfailkan saman RM87 juta terhadap kerajaan, dua tahun selepas insiden tersebut.
Wan Adnan juga menolak dakwaan mereka bahawa wujud konspirasi membabitkan pihak polis dan kerajaan.
Wan Adnan juga mendapati sambungan tempoh reman oleh seorang majistret dan permohonan pihak polis adalah sah di segi perundangan.
-malaysiakini.com-
Duit rakyat hangus kerana kebodohan beberapa kerat manusia, sebelum ini duit rakyat digunakan kerana kebodohan beberapa orang polis yang menangkap dan mengheret Dato' Mustafa Ali dari Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan