"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tentera meniru gaya politikus Malaysia ?

Afrar Yunus
Ramai yang beranggapan Malaysia kini berada dalam kemelesetan ekonomi yang sa ngat teruk biarpun parti yang memerintah mencanang disebaliknya.Kesannya bukan sahaja dirasakan rakyat biasa tetapi juga oleh penjawat awam, tentera dan polis.

Apa tidaknya jika pagar yang diharapkan untuk mengawal kedaulatan negara kini juga boleh dibolosi di merata tempat dengan begitu mudah.

Al Maunah di Perak, kes prebet Adam yang mahu menembak Sultan, kecurian senjata di kem-kem tentera, hilangnya C4, pembelian dan kualiti senjata dan kapal perang tentera yang dipertikaikan, dan terbarunya hilangnya enjin F5E yang bernilai RM100 juta.

Pilihanraya Bagan Pinang seperti yang disedari kerajaan menunjukkan kedahagaan projek untuk pihak-pihak tertentu dan ianya telah di'susu'kan.

Apakah kerana tidak adanya tindakan terhadap ahli politik di Malaysia yang terlibat dalam pelbagai isu dan skandal, sedang membuka pintu baru kepada pelbagai golongan masyarakat termasuk penjawat awam, tentera dan polis meniru gaya dan tabiat buruk politikus ini ?

Di Cina, golongan perosak negara baik dari kalangan ahli politik, pentadbir awam dan rakyatnya dikira sebagai pengkhianat negara dan mereka akan dihukum bunuh. Baru beberapa bulan yang sudah, peracun susu kanak-kanak dilabelkan sebagai pengkhianat negara lalu dihukum mati.

Di Malaysia, masyarakatnya semakin bimbang kerana golongan seperti ini masih bebas disebabkan ada kepercayaan bahawa kebanyakkan syarikat-syarikatnya dikuasai oleh istana, menteri, isteri, anak cucu dan kaum kerabat.

Kebimbangan itu wajar adanya kerana masyarakat biasa sudah mula terasa hilangnya hak-hak mereka seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Di Malaysia juga pada hari ini rakyat sudah mula menjadi seperti 'hamba dan pekerja' untuk wakil rakyat. Wakil yang dilantik dalam pilihanraya terutama sekali yang ada kuasa memerintah sudah mula menjadi 'tuan'.

Bagi orang Melayu dan Islam, ini adalah sesuatu yang perlu direnungkan. Apakah ini juga dikategorikan sebagai qada dan qadar.

Sampai bila ?
http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan: