Abdullah Ngah
"Politik kotor". Perkataan itu melompat keluar dari mulut yang penulis kenali bahawa dia adalah seorang ahli UMNO.
Saya tidak tahu kenapa perkataan itu boleh keluar dari mulut orang Umno malah perkataan "politik kotor " yang diulang berberapa kali.
Yang mengejutkan penulis disebut nama "ulamak". Katanya tidak kira ia ulamak ke, kalau masuk politik politik jadi kotor.
Barangkali ada yang tidak kena dengannya, sebab itu muncul perkataan politik kotor dan dulangi beberapa kali dengan nada suara yang keras.
Penulis percaya ini, mesti ada kaitan dengan "wang ehsan" yang diberi kepada Kelantan sebanyak RM 20 juta itu.
Kebetulan isu itu hangat diperkataan dalam dua tiga minggu ini dan penulis ingin kaitkan bahawa berlakunya politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia sejak dahulu dan selama lamanya.
Sejarah telah membuktikan bahawa politik kotor telah dilakukan kepada kerajaan yang diperintah oleh pembangkang.
Ketika PAS memerintah Terengganu telah diperlakukan sedemikian rupa, termasuk menarik balik bayaran wang tunai 5 peratus . Pada hal selama ini petronas membayar wang tunai itu sebanyak RM7 bilion.
Kotornya politik UMNO/BN sehingga tergamak merampas balik royalty 5 peratus dan ditukar kepada wang ehsan untuk tumbangkan kerajaan PAS.
Setelah kerajaan Terengganu tumbang dengan begitu teruk ditukar "wang ehsan" kepada "Dana Khas" untuk dibahagi bahagikan wang milik Terengganu kepada negeri negeri lain.
Jadi royalty minyak 5 peratus hak kerajaan Kelantan itu dijadikan wang ehsan dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.
Melalui politik kotor inilah kerajaan PASA Terengganu rebah begitu teruk sekali. Tidak mustahil dengan kaedah itu kerajaan PAS Kelantan dapat ditumbangkan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Kelantan melalui Dewan undang negeri memutuskan supaya dibawa ke mahkamah.
Keputusan itu mendapat sokongan dari YB YB UMNO dan dikatakan umno sama umno sudah berbalah.
Bagi penulis umno sama Umno tidak berbalah dalam kes royalty minyak Kelantan ini, kecuali tindakan KU Li memberi tekanan yang berat sikit, kerana rakyat sudah faham bahawa royalty minyak itu ada perjanjiannya yang ditandatangani MB Datuk Mohammad Nasir.
Mengapa penulis kata Umno sama Umno Kelantan tidak berbalah? Pertama YB Datuk Alwi Amat dan rakan rakannya yang menyokong keputusan Dewan Undangan percaya apabila kes ini dibawa ke mahkamah akan jadi serupa macam Terengganu.
Kes itu tersembang dalam mahkamah sehingga hari ini, iaitu tidak disebut, maka isu royalty minyak 5 peratus mati begitu sahaja.
Sebab YB YB UMNO sokongan keputusan yang buat oleh Dewan Undangan Kelantan supaya kes itu dibawa ke mahkamah.
Adalah lebih baik kes ini tidak dibawa ke mahkamah agar isunya hidup di jadikan modal kempen pilihanraya mulai dari sekarang hingga berlaku pilianraya umum ke 13 nanti.
Dengan kaedah ini rakyat dapat menilai bertapa kotornya politik UMNO/BN terhadap kerajaan PAS/ pembangkang di Negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan