"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enjin Hilang: Malaysia Lantik Peguam Di Uruguay

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Kerajaan Malaysia melantik seorang peguam di Uruguay untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana proseding di negara itu mengenai dua enjin jet F5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri dan bagi mendapatkan keterangan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata peguam itu sedang memohon untuk menemui peguam daerah dan hakim kes di Uruguay dalam minggu ini untuk mendapatkan enjin tersebut.

Enjin itu yang dicuri dari kemudahan TUDM dua tahun lepas dikesan di Uruguay baru-baru ini.

Abdul Gani, yang melawat Uruguay dan Argentina dari 15 hingga 19 Feb, berkata dalam kenyataan bahawa lawatan beliau ke Argentina ialah untuk mendapatkan keterangan dan dokumen bagi proseding jenayah di Malaysia.

"Bagi Uruguay, siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin jet F5E TUDM itu dikesan di Pelabuhan Montevideo dan ia dirampas oleh pihak berkuasa Uruguay," kata beliau
-Bernama-

Tiada ulasan: