"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan, Jangan Beri Harapan Palsu Kepada Penjawat Awam

Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaikkan gaji penjawat awam dalam masa 10 tahun ini diharapkan tidak hanya memberi harapan palsu kepada penjawat berkenaan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang selalunya diumumkan dalam masa pilihan raya kecil diadakan dilihat seolah-olah hanya mahu menabur janji dan meraih sokongan pengundi.

Soal masa depan rakyat, terutama dalam kes penjawat awam tidak seharusnya dijadikan taruhan politik oleh Umno-Barisan Nasional.

Bagi Abdullah Sani langkah ini kini semakin kerap diamalkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan ketika menghadapi saingan dalam pilihanraya kecil seperti yang sedang berlangsung di sibu hari ini.

“Sekarang ini dia minta simpati daripada penjawat-penjawat awam yang mana mereka ini adalah penentu kepada Barisan Nasional. Jadi perseoalan adakah dengan cadangan itu adalah cadangan relevan yang dibentuk dalam keadaan sekarang.”

Beliau berkata retorik yang dibuat oleh kerajaan Umno BN ini turut mempunyai tujuan tertentu namun sukar bagi mereka melaksanakannya biarpun pelbagai janji demi janji ditaburkan.

“Kenapa tidak diumumkan dalam keadaan sebulan yang lalu, kenapa tidak dilantik di satu bahagaian penjawat awam untuk menilai gaji-gaji rendah ini. Adakah komitmen diberikan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi sekarang?”

Abdullah berkata sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau Cuepacs mengemukakan pelbagai permintaan kepada kerajaan berhubung soal gaji penjawat awam.

Bagaimanapun kerajaan seolah-oleh tidak pernah menampakkan usaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah tuntutan mereka.

Beliau berkata keputusan yang dibuat oleh kerajaan bercadang menaikkan gaji penjawat awam ini perlu diselaraskan dengan segera bagi mengurangkan beban tanggungan yang semakin meningkat.

Najib sebelum ini menyatakan beliau yakin kerajaan mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara daripada A$7,000 (RM22,400) kepada A$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun.

Beliau berkata keputusan ini dibuat bagi meningkatkan pendapatan negara yang membabitkan penjawat awam memperoleh gaji minimum sekitar RM1,042 sebulan.

Tiada ulasan: