Assalamulaikum,,.
Tetapi yang menarik ialah ketika jalan jam di Johor, Dr.Badrul Amin sedang bercakap pada majlis ceramah yang diadakan di dataran Hj.Muda, Geliga Kemaman.Kerana itu orang orang Terengganu mendapat maklumat segera atas apa yang berlaku di Johor hasil dari hebahan Dr.Badrul Amin.Ketika inilah Dr.Badrul yang pernah ada pengalaman disekat di Terengganu dulu bertanya hadirin, kalau di Johor sekarang boleh jam 10 km, bagaimana kalau ceramah PR di Terengganu di sekat dengan cara yang sama?
Orang orang Terengganu sudah lali dengan sekatan sebegini dan polis juga sudah tidak segarang dulu lagi di Terengganu.Polis sudah tidak lagi menyembur gas pemedih mata, sudah tidak lagi menembak orang seperti menembak kambing dan polis juga sudah tidak lagi menyekat ceramah PR baik dengan cara tidak meluluskan permit atau mengadakan road block.Kenapa?
Sebabnya seperti kata Dr.Badrul Amin, kalau di Johor boleh jam 10 km, di Terengganu kita akan jamkan seluruh negeri sekiranya ceramah PR diganggu seperti gangguan di Johor.
Kepada orang orang yang pernah memperlekehkan kekalahan PR di Terengganu sewajarnya menilai fakta ini sebelum begitu cepat memperlekehkan kekalahan ini dan kepada orang orang yang suka memperkecilkan ceramah PR, tolong ambil perhatian dengan semua peristiwa ini kerana ini adalah fakta bukannya rekaan semata mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan