"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biskut 'Wang Wang' tak selamat dimakan?

Kementerian Kesihatan kini meletakkan biskut beras 'Wang Wang' keluaran negara China pada tahap 5 keselamatan makanan berikutan laporan kehadiran bakteria koliform dan E coli dalam biskut itu di Wilayah Shandong, China semalam.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan agar mengambil sampel daripada biskut yang berada di pasaran sekarang untuk diuji.

Sebanyak 334,460 kotak produk itu dibawa masuk ke Malaysia tahun ini tetapi tidak dapat dipastikan berapa banyak yang masih berada dalam pasaran, katanya pada sidang media selepas melawat Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan standard maklumat keselamatan makanan Malaysia atau FoSIM, tahap 5 adalah tahap berjaga-jaga, manakala tahap 6 akan mengakibatkan produk terbabit dikeluarkan daripada pasaran.

Liow berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa China bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu selain mengesan sumber pencemaran.

Ditanya sama ada produk itu selamat untuk dimakan, Liow berkata, keputusan akan dibuat selepas menerima hasil analisis.

-Bernama-

Tiada ulasan: