Ibu mangsa, 53, mendakwa beliau menerima panggilan wanita itu kelmarin sejurus gadis berkenaan pulang ke rumah selepas ‘dilarikan’ suspek berusia 27 tahun itu untuk memohon maaf di atas perbuatan anak lelakinya itu.
“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan muktamad tidak akan lembut hati meskipun dia (ibu suspek) menangis dan meminta simpati kepada saya agar dapat menyelesaikan perkara ini tanpa membabitkan pihak polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, ibu suspek khuatir anaknya itu akan ditangkap polis dan disabitkan kesalahan sehingga dipenjarakan dengan alasan suspek dikatakan masih lagi dalam pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di ibu negara.
“Perbuatan anaknya itu tidak boleh dimaafkan, wanita itu hanya pentingkan nasib anaknya tanpa memikirkan perasaan anak kami yang masih trauma dicabul suspek sehingga hari ini (semalam) selain keluarga kami turut tertekan,” katanya.
Katanya, ibu suspek juga menangis kerana tidak sanggup untuk menanggung malu sekiranya anak lelakinya itu didakwa atas kesalahan mencabul gadis bawah umur kerana suaminya itu bergelar ustaz dan disegani masyarakat.
“Sepatutnya, sebagai anak seorang ustaz, sudah tentu suspek dididik dengan ilmu agama yang cukup bukannya mengambil kesempatan masalah dihadapi orang lain untuk memuaskan nafsunya,” katanya.
Katanya, ayah suspek adalah pengamal perubatan tradisional terkenal di Johor Bahru malah seorang doktor mengesyorkan anak lelakinya (abang mangsa) berjumpa ustaz bagi mengubati penyakit yang dihidapi isterinya itu.
“Saya difahamkan suspek mengaku wakil ayahnya yang tidak dapat menjalankan perubatan kerana ada urusan lain dan mahu seorang gadis jadi perantara bagi proses itu,” katanya.
Berhubung dengan kejadian itu, sebanyak tiga laporan polis dibuat secara berasingan di Balai Polis Gelang Patah dan Anjung Nusajaya.
Berita berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan