"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaji Pengerusi SYABAS RM425 Ribu Sebulan

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Salam semua…

Hampir terkejut saya bila membaca laporan akhbar Selangor tentang gaji pengerusi Syabas mencecah RM425000 Sebulan. Menurut Dr. Badrul Amin, Penerangan Negeri Selangor, mutu air di Selangor masih berada di tahap corot walaupun gaji pengerusinya mencecah ratusan ribu.

Pada saya dengan gaji sebanyak itu, pengerusi Syabas sepatutnya TIADA ALASAN untuk bekerja lebih kuat untuk memastikan kualiti air di Selangor berada di tahap yang lebih baik. Apalah gunanya gaji ratusan ribu jika kualiti air di Selangor masih berada di tahap corot.

Lebih baik gaji sebanyak itu kita serahkan kepada fakir miskin yang lebih memerlukan daripada kita beri kepada orang yang gagal menjalankan tanggungjawab.

Inilah yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN. “Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana”. hmm….

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

**Baca isu yang hampir sama Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat yang diterbitkan 13 Mac 2010 - Kerengga

Tiada ulasan: