"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabaran Buat Tony Pua. BERHENTI hina Islam!

dewa
Terkini, Ustaz Hadi menjelaskan pendirian PAS yang tidak setuju dengan cadangan dangkal Tony Pua dari DAP yang menuntut supaya hak keistimewaan Melayu khususnya sedikit diskaun yang diberikan dalam pembelian hartanah dimansuhkan. Sebelum ini, Tony Pua dengan celuparnya telah menghina undang-undang Islam secara biadap dalam facebooknya. Artikel disertakan:

Hak keistimewaan Bumiputera perlu dikekalkan: Hadi

2010/08/06

MARANG: Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Pua itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi. - BERNAMA "

SEBELUM INI, Tony Pua telah melangkah lebih jauh dengan menghina-hina undang-undang Islam secara sinis dengan menyifatkannya sebagai barbaric. Penulis mencabar Tony Pua menafikan bahawa dia telah menghina undang-undang shariah dan undang-undang Islam khususnya dalam isu Kartika apabila berulang kali menyifatkan undang-undang Islam yang mengenakan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai barbarik dan zalim.

Sekalipun DAP sudah jauh lebih baik dari dahulu khususnya dengan kehadiran tokoh DAP yang kenal Islam seperti Wong Kah Woh dan Lim Guan Eng, kewujudan insan biadap seperti Tony Pua bakal merosakkan agenda Pakatan.

Dalam isu pembelian hartanah, sewajarnya DAP menggesa kerajaan pusat dan negeri agar lebih peka terhadap nasib masyarakat , termasuk bukan Melayu, yang miskin dan tiada tempat tinggal. Sepatutnya Tony Pua menggesa agar golongan bukan Melayu yang miskin dibantu dengan lebih efisyen dan bukan menunjukkan sikap dengki dan kurang ajarnya dengan mengesa pemansuhan sedikit diskaun yang diberi kepada bumiputera itu.

Apa pun, syabas Ustaz Hadi. Kepada PAS, eloklah tarbiyah si Tony ni setakat mana yang boleh. Mungkinkah Tony Pua ini ZulKifli Noordin versi Cina?

Wassalam

Tiada ulasan: