Mummy Rokiah
Isu kalimah “ALLAH” yang cuba dibangkitkan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek segera di sanggah oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Soi Lek, yang juga terkenal kerana “CCTV Biru” memohon kerajaan menangani isu ini segera supaya tidak diekploitasi oleh pembangkang.
MCA diberi amaran supaya tidak mencetuskan polemik terbuka dan membuka ruang perdebatan yang boleh menggugat ketenangan dan membangkitkan kepanasan yang lama.MCA yang kononnya bimbang isu ini dieksploit oleh pembangkang yang sebenarnya sedar atau tanpa sedar mereka sudah pun diperkudakan oleh DAP. Adalah mustahil mereka tidak memahami sensitiviti rakan mereka dalam Barisan kerana mereka bukan baru di dalam Barisan.
Walau apa pun masyarakat Islam dapat menghidu bahawa perkara ini dibangkit adalah hasil echo atau dengungan yang dipalu golongan tertentu di barat yang bercadang menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.
Dalam masa yang sama Soi Lek tidak harusnya mempergunakan isu ini untuk mengambil balik juara kaum Cina yang dirampas oleh DAP apabila beliau terlibat teruk dalam isu “CCTV BIRU” seperti pengakuan beliau sendiri.
Yang sebenarnya apabila mantan Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke muka pengadilan kerana isu PKFZ ianya juga kemenangan bagi Lim Kit Siang yang secara beterusan membangkitkan isu PKFZ.
Apa pun umat Islam negara ini harus bersatu kerana masa sudah terlalu sedikit.
Dipetik dari Blog Mummy Rokiah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan