5 Ogos : Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang perlu menghormati sistem kehakiman negara sebenarnya perlu ditujukan kepada diri beliau dan Umno –BN sendiri, demikian kenyataan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Nizar yang merujuk kepada kenyataan Muhyiddin bahawa Speaker DUN berhak menggantung Ahli DUN yang tidak mematuhi arahannya berkata, Mahkamah Tinggi belum membuat keputusan siapa Speaker DUN yang sah maka Datuk R Ganesan tidak selayaknya di panggil Speaker atau menduduki tempat sebagai Speaker kerana keputusan tersebut masih tergantung di mahkamah.
Mengenai anggapan Muhyiddin bahawa kekecohan yang berlaku di DUN Perak kelmarin adalah kerana sikap pembangkang yang tidak bersedia menghormati keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi mereka ternyata sengaja di putar belitkan kerana ia tidak benar dan Pakatan Rakyat sememangnya menghormati keputusan tersebut.
“Yang tak mengikut perintah mahkamah adalah pihak Barisan Nasional” kata beliau yang merujuk kepada kedudukan Speaker tersebut.
“Baru-baru ni Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ada memutuskan bahawa kalimah nama Allah boleh disebut oleh Herald Tribune tapi yang tak setuju dengan perintah mahkamah adalah Umno” kata beliau sebagai memberi contoh keenganan Umno-BN akur pada perintah mahkamah.
Ketika mengulas berkenaan kenyataan yang menyebut MCA yang bersetongkol dengan pembangkang dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tersebut, Nizar berkata ini menunjukkan ketidak samaan pendapat Barisan Nasional dan tersepitnya nya MCA itu sendiri.
“PAS dan Pakatan Rakyat berpandukan kepada nas yang membenarkan nama Allah disebut oleh orang bukan Islam.” katanya mengakhiri perbualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan