"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bomoh muda cabul gadis 17 tahun

SKUDAI: Terpedaya dengan permintaan bomoh muda yang baru dikenali, seorang abang meminjamkan adik bongsunya untuk dijadikan perantara roh dalam upacara mengubati penyakit isterinya.

Bomoh berusia 27 tahun itu mengaku anak kepada seorang ustaz yang mahir dalam perubatan tradisional, melarikan gadis itu ke Melaka dan mencabulnya.

Mangsa, Rina, 17, (bukan nama sebenar) berkata, abang ketiganya membawa lelaki itu ke rumahnya, pagi kelmarin dan merayu supaya bersetuju meminjamkan rohnya bagi proses perubatan dengan alasan gadis itu mempunyai hati bersih selain masih dara.

“Kasihan dengan abang, saya akur dengan permintaannya asalkan penyakit kakak ipar dapat diubati, walaupun curiga dan takut ,” kata Rina, yang tinggal bersama kakaknya di Taman Nusa Perintis 2, di sini.

Menurutnya, bomoh yang dikenali sebagai Man (bukan nama sebenar), memintanya membaca selawat dan al-Fatihah sebanyak tujuh kali selain dikehendaki bertakbir sehingga 21 kali dalam satu nafas selain memasang niat membantu abangnya.

“Selepas itu, Man meminta izin membawa saya bertemu ibunya di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, untuk menceritakan masalah dihadapi abang saya kerana ibu lelaki itu turut mahu membantu,” katanya.

Menurutnya, Man membawanya menaiki teksi, manakala abangnya menaiki motosikal ke lokasi sama namun selepas sampai di sana lelaki itu meminta abangnya pulang kerana mendawa isterinya sudah pulih.

“Selepas abang pulang, Man membawa saya ke stesen bas berhampiran dan membeli dua tiket untuk ke Melaka dan meminta saya menemaninya mencari adiknya yang melarikan diri,” katanya.

Katanya, Lelaki itu merampas dompet dan mematikan telefon bimbitnya supaya keluarga tidak dapat mengesan lokasi mereka berada.

“Sebelum menaiki bas, Man menyembur minyak wangi ke arah saya dan saya menjadi patuh segala arahannya walaupun berasa untuk melawan,” katanya.

Rina berkata, semasa di dalam bas juga Man bertindak mencabulnya kebetulan hanya ada kira-kira enam penumpang, walaupun cuba untuk menolak perbuatan biadab lelaki itu namun tidak berdaya kerana ketakutan.

“Semasa dalam perjalanan, Man mengaktifkan semula telefon bimbit saya dan kebetulan kakak berjaya menghubungi kami tetapi saya dibenarkan bercakap beberapa kali saja,” katanya.

Difahamkan selepas keluarga Rina berjaya menghubunginya, lelaki itu membawanya pulang dan pulangkan semua barang yang disimpan sebelum itu.

“Dalam perjalanan pulang dia mengulangi perbuatan itu, selepas turun daripada bas kami menaiki teksi tetapi Man berhenti di Taman Ungku Tun Aminah, manakala pemandu menghantarkan saya ke rumah,” katanya.

Hasil pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah mendapati Rina tidak dirogol.

Tiada ulasan: